Khairy dilantik Naib Pengerusi Eksekutif WHO rantau Pasifik Barat

May 30, 2022 · Isu semasa

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Naib Pengerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mewakili rantau Pasifik Barat bagi 2022-2023.

Khairy dilantik bersama dengan calon-calon yang mewakili tiga lagi negara yakni Colombia, Yaman dan Timor Leste.

Pengumuman dibuat hari ini di Geneva pada pukul 10 pagi waktu Geneva.

Menurut Bernama pelantikan adalah berdasarkan prinsip penggiliran antara rantau geografi, dengan Malaysia pada ketika ini merupakan ahli Lembaga Eksekutif WHO dari 2021 hingga 2024.

Rakaman video pengumuman itu dikongsi oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dengan media tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang mengucapkan tanhian atas pelantikan itu berkata ia merupakan satu penghormatan besar kepada negara.

Beliau berkata Malaysia berhasrat memperjuangkan isu-isu yang menjadi keutamaan dan kepentingan bersama masyarakat serantau serta global, dengan menjadi suara utama sebagai naib presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia, dan kini naib pengerusi Lembaga Eksekutif WHO.

“Di tengah-tengah setiap krisis, terdapat peluang besar untuk melakukan apa yang betul untuk rakyat dan masyarakat, di peringkat tempatan mahupun global. Malaysia sentiasa berada di barisan hadapan untuk memajukan kesihatan awam global,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Katanya Malaysia akan menyumbang ke arah kejayaan usaha WHO dalam memimpin masyarakat antarabangsa terhadap pelbagai bidang, termasuk tindak balas COVID-19, inovasi kesihatan digital, penuaan yang sihat dan aktif, kesihatan mental, penyakit tidak berjangkit (NCD) dan perubahan iklim.

Berita berkaitan
PBB beri amaran dunia bakal hadapi “krisis kesihatan mental global”
June 18, 2022· Dunia
58 kes cacar monyet baharu disahkan di Kanada, Perancis rekod 51 kes
June 4, 2022· Dunia
6 kes baharu cacar monyet di Belanda, ada pesakit hadiri pesta gay
May 24, 2022· Dunia
Kes pertama cacar monyet dikesan di Argentina
May 23, 2022· Dunia
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Annuar perjelas punca harga barang naik
3 minit lalu · Isu semasa
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
13 minit lalu · Isu semasa
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
14 minit lalu · Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
18 minit lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
23 minit lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
2 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok