Khairudin nafi nikahi Mawar, tidak ditahan di SJR Perasing

May 28, 2021 · Isu semasa

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Seri Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan dakwaan adalah individu yang ditahan semasa Sekatan Jalan Raya (SJR) di kawasan Perasing, bersama seorang wanita yang dikatakan sebagai bekas isteri seorang artis, Mawar Abdul Karim hari ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu berkata, beliau juga menafikan laporan sebuah portal yang mendakwa sudah berkahwin dengan ahli perniagaan tersebut dan menyifatkan semua dakwaan itu sebagai satu fitnah terbaharu daripada mereka dengki kepada beliau.

“Semoga Allah membalas segala fitnah mereka dengan sehina-hinanya!,” katanya menerusi satu kenyatan lewat malam ini.

Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis pada 28 Mei 2021 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berhubung dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang untuk menegakkan kebenaran.

“Saya akan keluarkan kenyataan penuh sejurus selesai membuat laporan Polis,” tegasnya.

Hari ini tular dalam mesej WhatsApp meelibatkan Khairudin bersama wanita yang dikatakan Mawar itu semasa ditahan dalam SJR di Perasing.

Mawar yang pernah menjadi isteri kepada pelakon popular Fizo Omar didakwa dilihat berada di dalam kereta yang sama dalam kereta Khairudin.

Berita berkaitan
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
PAS gesa kerajaan batal penganjuran program ratu cantik pada Disember
November 24, 2023· Politik
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
MB Terengganu diumum calon Parlimen Kemaman
November 17, 2023· Politik
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
10 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
16 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
17 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
17 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Mahathir di Grand Finale PRK Kemaman
13 minit lalu
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok