Keyakinan terhadap kerajaan terhakis semasa PKP 2.0: Pakar ekonomi

April 19, 2021 · Isu semasa

Pakar ekonomi mendakwa keyakinan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) semakin terhakis sejak bermulanya Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang bermula pada Februari 2021.

Pakar ekonomi, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram tidak menafikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dalam menangani wabak Covid-19 semasa PKP pertama pada Mac 2020 menerima sokongan dan reaksi yang positif, namun sebaliknya berlaku ketika PKP 2.0 terpaksa dilaksanakan ekoran peningkatan jangkitan kes dalam negara.

Beliau mempertikaikan bentuk hukuman yang dilihat tidak adil kepada rakyat sebagaimana denda yang ringan terhadap syarikat gergasi yang pekerjanya ramai terkena jangkitan Covid-19 dan sikap kerajaan semasa mengendalikan isu-isu yang dibangkitkan ketika PKP kedua juga menjadi punca orang ramai semakin tidak yakin terhadap kerajaan.

“Bila kita lihat masyarakat berdarjat, ramai orang sebut mengenai syarikat-syarikat gergasi yang kaya raya, yang untung daripada wabak Covid.

“Mereka dapat untung yang besar tetapi apabila menyebabkan ratusan pekerja mereka terkena Covid, denda yang dikenakan kepada mereka sedikit sekali berbanding denda yang dikenakan kepada orang ramai.

“Jadi, akibatnya daripada itu, kita dapati bahawa orang ramai yang dulu yakin dengan pihak kerajaan setelah PKP yang pertama, kita dapati keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap tingkahlaku kerajaan itu dengan sendirinya terjejas,” kata Jomo semasa program anjuran Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat hari ini.

Jelas Jomo lagi, lebih tidak boleh diterima orang ramai adalah apabila kerajaan mengumumkan pengisytiharan darurat untuk tempoh sehingga Ogos nanti yang disifatkannya tidak ada lagi semak dan imbang dalam kerajaan sehingga boleh berlaku penyelewengan.

“Kita dapati juga orang ramai tidak yakin kerana mereka bimbang akibat daripada darurat ini kita dapati semak dan imbang, apa yang dapat kawal penyelewengan itu berlaku.

“Kalau saudara dapati, kepercayaan itu sudah kurang kerana jawatan-jawatan kabinet itu terlalu besar dan sebenarnya ahli jemaah menteri dan timbalan menteri itu tidak berfungsi,” ujarnya lagi.

Jomo turut mempersoalkan mengapa darurat diumumkan semasa PKP 2.0 walhal semasa pelaksanaan PKP pertama awal tahun lalu ia nampaknya lebih berkesan walaupun tanpa sebarang tempoh darurat diisytiharkan.

“Darurat diperkenalkan selepas PKP kedua diperkenalkan, maknanya darurat itu tidak perlu diperkenalkan pada PKP kedua itu diperkenalkan pun,” katanya lagi.

Seorang lagi pakar ekonomi, Dr Muhammad Khalid juga senada dengan Jomo berhubung isu semak dan imbang, maka kerajaan digesa membuka semula sidang Parlimen bagi memberikan peluang untuk perbahasan berhubung pengurusan wabak Covid-19 dibuat secara telus.

“Saya bersetuju supaya Parlimen dibuka kembali supaya ada semak dan imbang untuk kepentingan rakyat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Prof Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata ekonomi negara ketika ini agak merungsingkan dan menegaskan kerajaan perlu mengembalikan keyakinan pelabur untuk kembali melabur dalam negara dan seterusnya memulihkan ekonomi negara.

“Tapi yang lebih penting yang kita tahu, pengucupan berlaku dan sebab itu pengangguran berlaku, pengucupan ekonomi pun berlaku, ekonomi semakin kecil.

“Yang kita rungsing ini dalam pengucupan ini berlaku, kita susah hati keyakinan orang untuk pelabur baharu masuk dan untuk pelaburan ini masuk kalau kita macam ini memang tidak ada keyakinan untuk pelaburan baharu masuk,” ujarnya lagi.

Pada 12 Jan lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan Darurat sehingga 1 Ogos depan atau satu tarikh lebih awal sebagai langkah proaktif untuk membendung gelaja wabak Covid-19.

Baginda juga semasa perutusan sempena bulan Ramadan baru-baru ini juga menggesa supaya semua pihak berhenti berpolitik dan memberi fokus untuk membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik yang melanda negara.

Blok pembangkang berterusan mendesak supaya darurat ditamatkan awal dan membuka sidang Parlimen segera.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
UMNO tandus calon sehingga terpaksa letak calon luar di Kemaman: Sanusi
November 15, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Kes kalimah Allah untuk Sarawak sahaja, Anwar silap: Baru Bian
May 17, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok