Keyakinan terhadap kehakiman terjejas lepas SPRM buat kenyataan

November 10, 2022 · Isu semasa

Keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman terjejas sebaik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataan media bahawa Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali disiasat, berkaitan dakwaan wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel tujuh Hakim Mahkamah Persekutuan berkata demikian, ketika mendengar permohonan dua peguam dan seorang aktivis yang memohon mahkamah itu menentukan persoalan undang-undang, berkaitan siasatan terhadap Mohd Nazlan, menurut BH.

Mohd Nazlan adalah Hakim Mahkamah Tinggi yang mensabitkan Datuk Seri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, pada 28 Julai 2020 dan memerintahkan bekas Perdana Menteri itu dipenjara 12 tahun serta didenda RM210 juta.

Dalam prosiding hari ini, Tengku Maimun menimbulkan persoalan kepada Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin mengenai apa yang akan berlaku, jika dakwaan terhadap Mohd Nazlan tiada sebarang asas dan tidak ada keputusan melalui siasatan SPRM.

Horng Bin bagaimanapun menjawab, siasatan yang dimulakan ialah budi bicara SPRM.

Tengku Maimun: Kami tidak mempersoalkan budi bicara pendakwaan. Bagaimana (siasatan) itu memberi kesan kepada kebebasan Badan Kehakiman?

Horng Bin: Keyakinan orang ramai akan dipulihkan jika hakim itu bebas (daripada dakwaan). Jika (SPRM) tidak mengeluarkan hasil keputusan siasatan, anda perlu melihatnya sebagai tiada asas kepada aduan itu.

Tengku Maimun: Tetapi keyakinan orang ramai sudah terjejas sebaik kenyataan dibuat bahawa seorang hakim sedang disiasat. Itu sudah menjejaskan keyakinan orang ramai. Adakah anda menyatakan kemudian perlu tunggu hasil siasatan?

Horng Bin: Ya. Dalam kes berprofil tinggi, itu amalan badan siasatan dan Peguam Negara mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai perkembangan siasatan. Kenyataan media akan diberikan mengenai perkembangan siasatan dan hasilnya.

Badan Kehakiman perlu mengambil notis kehakiman berhubung perkara ini.

Melalui saman pemula difailkan pada 6 Mei lalu di Mahkamah Tinggi, ketiga-tiga plaintif memohon perisytiharan SPRM tidak berhak menyiasat hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang berkhidmat, kecuali jika mereka digantung mengikut Perkara 125 (5) Perlembagaan Persekutuan atau dipecat menurut Perkara 125 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Ketiga-tiga plaintif, Nur Ain Mustapa, Sreekant Pillai dan Haris Fathillah Mohamed Ibrahim menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, SPRM dan Kerajaan sebagai defendan dengan menuntut perisytiharan bahawa siasatan terhadap Mohd Nazlan adalah tidak berperlembagaan.

Mereka juga memohon perisytiharan Pendakwa Raya tidak diberi kuasa untuk memulakan atau menjalankan sebarang prosiding, bagi kesalahan terhadap hakim yang berkhidmat.

Selepas mendengar hujahan Horng Bin mewakili kerajaan dan peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar bagi pihak perayu, Tengku Maimun memaklumkan kepada semua pihak mahkamah memerlukan masa, sebelum membuat keputusan.

Turut bersidang, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak wajar ugut penjawat awam hanya nak menang PRU-15: Perikatan Nasional
November 18, 2022· Politik
Tak boleh tanya soalan, baik jangan panggil sidang media
November 14, 2022· Isu semasa
Kenapa perlu tunggu menang PRU baharu nak serah bukti?
November 12, 2022· Politik
Banduan tidak boleh keluar sebarang kenyataan, kata Jabatan Penjara ulas isu Najib
October 20, 2022· Politik
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
5 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
7 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
14 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
16 jam lalu · Isu semasa
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
8 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok