Keupayaan negara tambah tahap keberhutangan terhad

July 19, 2022 · Isu semasa

Keupayaan Malaysia untuk menambah tahap keberhutangan adalah terhad berbanding negara lain dengan nisbah bayaran khidmat hutang jauh lebih rendah seperti negara maju, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurutnya, nisbah bayaran khidmat hutang kepada hasil bagi Malaysia telah mencapai paras 16.3 peratus pada 2021 dan berdasarkan Bajet 2022, ia dijangka melebihi 18 peratus, lapor Bernama.

“Ini bermakna bagi setiap RM1 hasil kerajaan, hampir 20 sen digunakan hanya untuk pembayaran faedah atau bunga hutang dan tidak mengambil kira pun keupayaan untuk membayar balik jumlah pokok pinjaman kerajaan,” katanya dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) sama ada tahap keberhutangan Malaysia masih di paras terurus dan mengapa kerajaan enggan terus meminjam untuk membantu rakyat.

Menjelaskan selanjutnya, Tengku Zafrul turut menegaskan bahawa kebolehan sesebuah negara meningkatkan jumlah pinjamannya bukanlah bergantung semata-mata ke atas nisbah hutang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK), tetapi faktor paling utama adalah kemampuan keberhutangan serta kemampanan hutang.

Menurutnya, kadar hutang kepada KDNK di Malaysia hanya di tahap 63 peratus manakala negara maju seperti Jepun mempunyai kadar hutang sebanyak 263 peratus daripada KDNK dan Singapura pada kadar 133 peratus.

“Di samping itu, nisbah peratusan cukai kepada KDNK untuk Malaysia adalah pada paras sekitar 11 peratus iaitu lebih rendah berbanding negara lain seperti Filipina 18 peratus, Thailand 17.2 peratus dan Singapura 13.3 peratus,” katanya.

Secara purata, Tengku Zafrul berkata nisbah peratusan cukai kepada KDNK bagi negara anggota Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) adalah melebihi 33 peratus.

“Ini bermakna walaupun ekonomi negara semakin pulih pada 2022, pertumbuhan ekonomi tersebut tidak menjana hasil tambahan yang sewajarnya untuk menampung penambahan hutang,” kata beliau.

Berita berkaitan
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023· Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023· Politik
33 peratus saham Boustead Plantations dijual untuk selesai hutang: Menteri
September 19, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Mat Sabu cadang premis kerajaan guna beras import bersubsidi
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
20 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
20 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023 · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023 · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok