Keuntungan Petronas Dagangan susut kepada RM119.31 juta

November 26, 2021 · Isu semasa

Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd (PDB) bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2021, susut kepada RM119.31 juta daripada RM212.66 juta berbanding suku yang sama tahun lalu.

Bagaimanapun, hasil meningkat kepada RM5.2 bilion daripada RM4.83 bilion sebelumnya, menurut laporan Bernama.

PDB dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata jualan kumpulan itu terus mengalami kesan akibat pandemik Covid-19 walaupun sekatan perjalanan berkurangan dalam tempoh tersebut.

Bagaimanapun, kumpulan itu berkata peningkatan dalam trend harga Mean of Platts Singapore (MOPS) dan pemulihan secara beransur-ansur berikutan kelonggaran sekatan perjalanan telah menyokong peningkatan dalam prestasi keuntungan kumpulan itu tahun ini setakat ini.

Menurut Wikipedia, MOPS ialah purata set penilaian harga produk minyak berasaskan Singapura yang diterbitkan oleh Platts, pembekal maklumat tenaga, petrokimia, logam dan pertanian global serta bahagian S&P Global.

Hasil kumpulan bagi suku tersebut melonjak sebanyak RM370.2 juta apabila purata harga jualan meningkat sebanyak 23 peratus walaupun volum jualan lebih rendah sebanyak 12 peratus manakala keuntungan sebelum cukainya sebanyak RM165.5 juta lebih rendah sebanyak RM122.8 juta berbanding suku yang sama tahun lepas.

“Ini disebabkan oleh keuntungan kasar yang lebih rendah berikutan volum jualan yang lebih rendah serta pendapatan lain yang lebih rendah pada suku semasa.

“Penurunan itu diimbangi oleh perbelanjaan mengurus yang lebih rendah kebanyakannya daripada komisen peniaga yang lebih rendah sejajar dengan volum jualan lebih rendah,” katanya.

Melangkah ke hadapan, kumpulan itu menjangkakan bahawa pelbagai inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 baru-baru ini akan memberi kesan positif terhadap permintaan produk PDB.

Sementara itu, ia berkata harga minyak mentah Brent juga terus meningkat berbanding suku sebelumnya yang dirangsang oleh pemulihan ekonomi di pasaran utama di seluruh dunia dan keputusan OPEC+ untuk mengekalkan peningkatan pengeluaran bulanannya sehingga awal tahun 2022.

“Kami memantau aliran pasaran dengan teliti untuk peluang pertumbuhan. Walaupun kami optimis untuk mengekalkan pemulihan pertumbuhan dengan lebih banyak sektor ekonomi dibuka semula dan kelonggaran sekatan pergerakan, kami kekal berhati-hati dengan kadar pemulihan memandangkan peningkatan kes Covid-19 di seluruh dunia,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
[KEMAS KINI] Najib pecat peguam cara firma guaman Zaid Ibrahim
August 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok