Ketua Polis Negara hentam Menteri Dalam Negeri sebelum bersara

April 30, 2021 · Isu semasa

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menghentam cukup-cukup Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin susulan campur tangan dalam pengurusan Polis Diraja Malaysia.

Bercakap kepada pemberita di Bukit Aman hari ini, Abdul Hamid turut mendakwa Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang dipengerusikan Hamzah telah dicemari ‘unsur politik’.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas dimnta mengulas pengakuan Hamzah bahawa suara dalam sebuah rakaman perbualan berkaitan pelantikan pegawai polis atasan.

Pagi tadi, Hamzah mengumumkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa 4 Mei nanti menggantikan Abdul Hamid yang tamat kontrak.

Mengulas lanjut Abdul Hamid berkata tujuan beliau membuat pendedahan itu bukan kerana kecewa khidmatnya tidak dilanjutkan, tetapi mahu menjelaskan bahawa menteri tidak boleh sembarangan dalam urusan polis.

“Saya mahu jelaskan tanggungjawab menteri selaku pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) ada hadnya,” katanya sambil mendakwa Hamzah sekian lama cuba untuk mendapatkan kuasa bagi menentukan pertukaran dan penempatan pegawai polis.

Abdul Hamid berkata, beliau tidak menghadiri mesyuarat SPP yang dijadualkan hari ini kerana mesyuarat itu ada niat tidak betul.

“Kenapa mereka adakan mesyuarat SPP pada Jumaat? Kenapa bukan seminggu atau dua minggu lebih awal supaya kita boleh bincang untuk buat penambahbaikan?”

“Inilah situasinya. Isu tidak diambil serius. Bayangkan jika Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mengendalikan urusannya seperti ini.

“Inilah sebabnya kenapa SPP tidak patut dipengerusi oleh seorang menteri. Lebih baik serah kepada seorang hakim atau bekas hakim. Apabila ia disertai menteri, akan ada unsur politik,” katanya.

Berita berkaitan
Pasal apa takut sangat, kata Sanusi berhubung isu sokongan dimiliki PN
May 14, 2023· Politik
Pendakwaan bermotif politik, Ketua Pembangkang pula dipanggil SPRM
May 10, 2023· Politik
Tak salahkan PKR kalau ada ahli jadi ejen Mossad, kata Hamzah
October 22, 2022· Isu semasa
PDRM alu-alukan sebarang maklumat berhubung lokasi Jho Low: KDN
October 5, 2022· Isu semasa
Popular
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
51 minit lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
4 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
4 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
44 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok