Ketua Pemuda UMNO Kedah letak jawatan pegawai khas MB

April 4, 2021 · Isu semasa

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Mohd Fadzil Zolkipli meletak jawatan sebagai Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, berkuat kuasa serta-merta susulan beberapa isu termasuk ucapannya pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020, minggu lalu.

Surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Datuk Armishah Siraj, hari ini.

“Akhirnya, selepas pertimbangan, perbincangan dan kepentingan semangat MN di negeri Kedah, disertai dengan bimbang isu ini akan menyebabkan hubungan antara UMNO dan PAS retak, dingin maka dengan ini saya meletakkan jawatan Pegawai Khas YAB MB Kedah berkuatkuasa serta-merta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sehari selepas ucapan beliau pada PAU, beberapa tuduhan mula ditularkan di dalam laman Facebook Menteri Besar Kedah hingga menimbulkan persepsi tidak baik terhadap beliau.

“Hasil variasi posting FB telah menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap saya, seolah saya adalah Pegawai Khas Pejabat MB yang tidak kompeten, cuai, menikam belakang, bermulut jahat dan pemecah-belah perpaduan parti UMNO dan PAS di Kedah.

Posting FB dan kenyataan rasmi berkenaan juga telah memburukkan nama saya selaku pegawai Khas Pejabat MB dan Ketua Pemuda UMNO Kedah dan ia secara langsung telah menjejaskan reputasi saya, Pemuda UMNO dan UMNO secara amnya,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
RM86.7 bilion dibelanja pada suku pertama: Kementerian Kewangan
July 27, 2022
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
13 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
13 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok