Ketua Pemuda Amanah meninggal dunia, Al Fatihah

August 6, 2021 · Isu semasa

Ketua Pemuda Parti Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin menghembuskan nafas terakhirnya pada tengahari hari ini selepas bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19, menurut Setiausaha Pemuda Amanah Nasional, Asim Abdullah.

Sebelum ini media melaporkan keadaan Shazni Munir yang semakin kritikal selepas mengalami jangkitan Covid-19 tahap lima, ia turut dikongsi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir menerusi Twitternya minggu lalu.

Shazni Munir juga dilaporkan ditidurkan minggu lepas selepas keadaannya semakin kritikal.

“Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat dan rakan perjuangan kami, saudara Shazni Munir, Ketua Pemuda Amanah Nasional telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Mohon doa dan sokongan daripada semua agar keluarga beliau kuat lalui ujian ini,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Sebelum ini, Asim memberitahu pada 24 Julai lalu Shazni Munir dijangkiti Covid-19 tahap empat.

Pihaknya juga dimaklumkan isteri dan anak-anak beliau disahkan positif Covid-19.

Semoga dipelihara dan diberikan kesembuhan segera buat Shazni Munir. Al Fatihah dan semoga arwah ditempatkan bersama para solehin dan syuhada.

Kami Agenda Daily mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah atas pemergian insan tercinta. Al Fatihah.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
August 8, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Skandal LCS: Hishammuddin tak janji bila kapal bakal siap, mungkin setahun dua lagi
41 minit lalu · Isu semasa
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
3 jam lalu · Isu semasa
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
5 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
3 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok