Ketua Hakim Syarie mohon penghakiman ingkar RM30j terhadap Lokman Adam

February 15, 2022 · Isu semasa

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dilaporkan memfailkan permohonan penghakiman ingkar berjumlah RM30 juta, setelah bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Adam memfailkan pembelaannya walaupun Mahkamah Tinggi melanjutkan tempoh akhir sehingga Jumaat lalu.

Ketua Hakim Syarie itu menuntut RM10 juta setiap satu bagi ganti rugi teladan, teruk dan punitif berserta faedah lima peratus sehingga jumlah penghakiman dibayar.

Memetik laporan FMT, Mohd Na’im memfailkan tuntutan itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi menerusi Tetuan Akberdin & Co, semalam.

Penghakiman ingkar berlaku apabila defendan dalam kes perundangan gagal menjawab saman mahkamah atau tidak hadir di mahkamah. Jika ini berlaku, mahkamah boleh membuat keputusan yang memihak kepada plaintif.

Pada 7 Februari lalu, Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff membenarkan permohonan Mohd Na’im supaya injunksi ex-parte yang diperolehnya itu dilanjutkan sehingga tarikh pendengaran injunksi inter-parte (antara pihak) pada 22 Mac ini.

Pendengaran injunksi inter-parte sepatutnya didengar pada 7 Februari, tetapi ditangguhkan kerana peguam mewakili Lokman memohon tempoh masa untuk memfailkan afidavit jawapan dalam permohonan injunksi itu.

“Oleh itu, pihak plaintif memohon agar perintah injunksi interim diperoleh anak guam saya dilanjutkan sehingga tarikh pendengaran injunksi inter-parte pada 22 Mac dan mahkamah membenarkan permohonan itu selain mengarahkan defendan memfailkan afidavit jawapan tersebut sebelum atau pada 11 Feb ini,” kata Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Mohd Na’im.

Pada 19 Januari lalu, Mohd Na’im, 54, memfailkan saman atas kapasiti peribadi dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM30 juta daripada Lokman berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap beberapa wanita termasuk seorang ‘Datin.’

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Mohd Na’im yang juga Ketua Pengarah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mendakwa Lokman telah memfitnahnya dengan membuat kenyataan menerusi dua siaran langsung di Facebook ‘Lokman Noor Adam Official’ pada 10 Jan dan 13 Jan lepas.

Mohd Na’im mendakwa defendan juga memuat naik siaran langsung itu di YouTube miliknya masing-masing pada 10 Jan dan 14 Jan selain memuat naik tiga hantaran fitnah terhadap beliau di Facebook milik defendan pada 11 Jan dan 13 Jan lepas.

Dakwa plaintif, kenyataan fitnah itu membawa maksud antaranya beliau seorang penunggang agama, gagal menjadi pemimpin berkredibiliti dengan akhlak terpuji dan dihormati serta memberi teladan yang baik kepada masyarakat serta mencemarkan imej dan institusi Jabatan Kehakiman Syariah.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am yang akan ditaksir oleh mahkamah, ganti rugi teladan, teruk dan punitif masing-masing berjumlah RM10 juta, faedah, serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah selain permohonan maaf daripada defendan yang dimuat naik di media sosial.

Berita berkaitan
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
7 jam lalu· Isu semasa
PKR hormati keputusan mahkamah kes anak murid, kata Anwar
September 24, 2022· Politik
MP PKR juga gesa hormat keputusan mahkamah kes rasuah Zahid
September 23, 2022· Politik
Hakim baharu akan dengar saman 1MDB terhadap Deutsche Bank, enam pihak lain
September 23, 2022· Isu semasa
Popular
Polis siasat penghuni madrasah dakwa didera ala militan: Arjunaidi
September 23, 2022
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
1,608 kes baharu, dua kematian
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
11 minit lalu · Isu semasa
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
2 jam lalu · Isu semasa
Jenayah siber: 12,092 kes, RM414.8 juta hilang dari Januari-Julai 2022
2 jam lalu · Isu semasa
Zizie Izette mohon notis usul didengar bersama Bung Moktar
2 jam lalu · Isu semasa
14 Nov keputusan kes rampasan barangan mewah milik Najib dan Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
2 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok