Ketua Bahagian UMNO berdepan 58 pertuduhan rasuah lagi RM9.8 juta

July 15, 2021 · Isu semasa

Ketua Bahagian UMNO Bayan Baru, Pulau Pinang Datuk Mansor Musa yang sebelum ini berdepan 106 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM11 juta sekali lagi dituduh di mahkamah hari ini, ia melibatkan 58 pertuduhan lain.

Beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen bagi pertuduhan melibatkan jumlah wang bernilai sebanyak RM9.22 juta, menurut laporan Harian Metro.

Beliau mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Suzana Hussin dan mohon dibicarakan.

Pengerusi Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Bhd itu, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, tiba di mahkamah kira-kira 7.30 pagi tadi.

Menurut laporan tersebut, berdasarkan kertas pertuduhan pertama hingga ke-42, Mansor didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram, antaranya menerima wang dalam bentuk tunai, menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram untuk pembelian saham, rumah dan pembayaran kepada kontraktor melalui syarikat yang berbeza.

Beliau didakwa melakukan semua kesalahan itu mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan ke-43 hingga ke-58 pula, tertuduh didakwa menerima, mengguna, dan memindahkan wang daripada sebuah syarikat yang merupakan hasil aktiviti haram.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali hasil kegiatan haram atau RM5 juta atau mana lebih tinggi.

Beliau dituduh melakukan semua kesalahan itu di Public Bank cawangan Jalan Raja Chulan dan Starpac Point serta RHB Bank Berhad cawangan KLCC antara Disember 2008 hingga Mei 2015.

Pendakwaan diketuai Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Faridz Gohim Abdullah dan Muhammad Asraf Mohamed Tahir.

Tertuduh diwakili peguam Selva Mookiah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Julai ini sebagai tarikh sebutan kes.

Mansor pada Isnin lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas 106 pertuduhan rasuah bernilai lebih RM11 juta membabitkan kesalahan sama.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
18 jam lalu· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
18 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok