Ketua Audit bimbang kerajaan guna hutang baharu bayar hutang matang

October 28, 2021 · Isu semasa

Keadaan kerajaan bergantung kepada pinjaman baharu untuk membiayai bayaran balik prinsipal pinjaman yang matang disifatkan sebagai membimbangkan.

Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid berkata walaupun sijil ketua audit negara bagi 2020 telah dikeluarkan dengan status sijil bersih tanpa teguran, namun beberapa penegasan perkara telah diberikan termasuk isu hutang persekutuan.

“Separuh dari hutang baharu digunakan untuk membayar hutang yang telah matang, sepatutnya ia dibayar dengan lebihan hasil yang ada.

“Namun kita faham, pada 2020 negara menghadapi ancaman COVID-19 dan kerajaan terpaksa mengambil langkah membantu sistem kesihatan dan rakyat untuk menangani COVID-19,” katanya lapor Bernama semasa sidang media di Parlimen hari ini.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan serta Pengauditan Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan Tahun 2020 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini mendapati sejumlah RM98.058 bilion atau 50.4 peratus daripada keseluruhan RM194.555 bilion pinjaman baharu kerajaan digunakan untuk tujuan membayar balik prinsipal hutang bagi 2020.

Jumlah itu meningkat sebanyak RM15.335 bilion berbanding RM82.723 bilion pada 2019.

Justeru Nik Azman berkata pihaknya mengesyorkan perbelanjaan berhemah dan memastikan semua perbelanjaan pembangunan yang dibiayai dengan pinjaman perlu disempurnakan mengikut masa ditetapkan dengan kos yang munasabah tanpa ketirisan dan pembaziran.

Selain itu, isu yang turut diberi perhatian ialah Kumpulan Wang Pembangunan tahun 2020 yang tidak digunakan sepenuhnya untuk tujuan pembangunan.

“Kita dapati RM2.6 bilion digunakan untuk membiayai perbelanjaan penyelengaraan yang biasanya dibiayai daripada perbelanjaan mengurus.

“Duit pembangunan ini bersumber kebanyakannya daripada pinjaman seeloknya digunakan untuk menjana pendapatan untuk masa depan, kebanyakannya walaupun dibenarkan dalam akta di bawah Kumpulan Wang Pembangunan tetapi dari segi kesan ekonomi kita rasa tidak begitu sesuai, kita harap kerajaan melihat kepada perkara ini,” katanya lagi.

Beliau juga berharap nisbah defisit yang meningkat 6.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan bersifat sementara sahaja memandangkan situasi COVID-19 negara dan kerajaan diyakini sedang mengambil langkah-langkah perlu apabila pandemik reda kelak.

Berita berkaitan
Tiada KWSP bersasar, Wan Saiful bidas kerajaan angkuh tak dengar rintihan rakyat
October 24, 2023· Isu semasa
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023· Isu semasa
Laporan Ketua Audit: Pinjaman 1MDB sehingga 2022 berjumlah RM18.17 bilion
October 11, 2023· Isu semasa
Keadaan perniagaan Malaysia semakin merosot sejak Jan: Laporan
October 2, 2023· Isu semasa
Popular
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Imej negara tercalar akibat rasuah dan penyelewengan, kata PM duduk disebelah Zahid
February 24, 2023
Pekerja berusia 50 tahun ke atas ditawar VSS, umum Telekom Malaysia
July 25, 2023
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok