Ketika rakyat berdepan bencana, PKR mahu sidang Parlimen diadakan pula

December 24, 2021 · Isu semasa

Rakyat ketika ini sedang berdepan bencana banjir paling teruk dalam sejarah negara, bagaimanapun PKR pula mahu satu sidang Parlimen khas diadakan bagi membahaskan isu banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata sidang Dewan Rakyat itu bagi membolehkan Ahli Parlimen membahaskan berkenaan tahap kesiapsiagaan jentera kerajaan dalam menghadapi bencana banjir.

Tegasnya, insiden banjir dan tanah runtuh yang dilaporkan sejak minggu lalu, yang antaranya akibat aktiviti manusia, memerlukan Parlimen segera meneliti undang-undang sedia ada bagi mengawal dan mengelakkan bencana seumpamanya bertambah buruk pada masa depan.

“Kita membaca dan meneliti bagaimana tindakan segera kerajaan negeri tersekat akibat koordinasi lemah di peringkat pusat, walaupun aset dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah bersedia. Ini semua menjadi pengajaran buat kita.

“Saya menggesa agar satu sidang khas Parlimen diadakan khusus untuk membahas isu banjir dan kesiapsiagaan jentera kerajaan, demi semua ahli Keluarga Malaysia yang sangat terkesan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Saifuddin berpandangan, insiden hujan tanpa henti selama beberapa hari disusuli tanah runtuh dan banjir besar menjadi peringatan bahawa ‘perubahan iklim itu benar’ dan mampu mendatangkan kesan luar jangka, sama ada bagi pakar atau kerajaan.

Katanya, kesan perubahan cuaca dunia dan kemunculan pelbagai wabak virus juga menuntut kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) di negara maju lebih serius melaksanakan prinsip Urus Tadbir Sosial Persekitaran (ESG) sebagai dasar utama pembangunan.

“Melihat lumpur yang dimuntahkan bukit dan sungai membuktikan bukit kita semakin terhakis dan sungai kita semakin cetek, semuanya kesan aktiviti manusia yang jika tidak dikawal akan membawa padah dan malapetaka.

“Agar Malaysia tidak ketinggalan maka Parlimen perlu segera meneliti segala undang-undang sedia ada berhubung alam sekitar, penjagaan sungai, dan pembangunan bandar yang mampan untuk melihat jauh ke hadapan,” katanya.

Setakat hari ini, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan 51,000 mangsa banjir daripada hampir 15,000 keluarga direkodkan berada di 348 jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh negeri yang dilanda banjir.

Selain itu, 133 mangsa daripada 46 keluarga turut ditempatkan di dua PPS di Selangor dan Kuala Lumpur akibat tanah runtuh.

Berita berkaitan
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
16 jam lalu· Isu semasa
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
22 jam lalu· Politik
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023· Isu semasa
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
37 minit lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
16 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
17 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
22 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
16 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok