Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 4,066 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini, meningkat berbanding kes yang direkodkan semalam.
Dengan jumlah jangkitan baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara adalah sebanyak 2,840,225 kes.
Jangkitan baharu dilaporkan hari ini menunjukkan peningkatan berbanding beberapa hari sebelum ini kes baharu yang direkod adalah bawah 3,000 kes.
Terdahulu, Kerajaan akan menimbang untuk melonggarkan lagi prosedur operasi standard (SOP) sekiranya proses vaksinasi Covid-19 di negara ini selesai, termasuk pemberian dos penggalak, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri berkata, perkara itu bagaimanapun tertakluk kepada keputusan dan pandangan daripada KKM.
“Kita melihat kalau dua dos vaksin Covid-19 dan booster (penggalak) selesai, saya percaya kita boleh memberikan sedikit lagi kelonggaran.
“Ini terpulang kepada KKM untuk memberikan pandangan,” katanya.