Ketika dolar AS kukuh Bank Negara kata akan terus pantau nilai ringgit

September 23, 2022 · Isu semasa

Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memantau dengan teliti dan memastikan keadaan pasaran kewangan yang teratur di tengah-tengah perkembangan luaran yang telah membawa kepada kekuatan berterusan dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding hampir semua mata wang, termasuk ringgit.

Bagaimanapun, bank pusat itu berkata pergerakan ringgit akan terus ditentukan pasaran dan pertukaran asing yang terus berfungsi dan menjadi perantara dengan berkesan.

Dalam kenyataan pada Jumaat, BNM menjelaskan nilai dolar AS telah menjadi kukuh dengan ketara disebabkan oleh dasar monetari di AS yang diperketat secara agresif.

“Keadaan kewangan global yang lebih ketat dan volatiliti yang lebih ketara dalam pasaran pertukaran asing dijangka tidak menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia,” kata BNM seperti dilapor Bernama.

Bank pusat menambah ekonomi negara telah berkembang sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua seterusnya ini akan terus didorong oleh keadaan pasaran pekerja yang semakin bertambah baik serta aktiviti pelancongan yang semakin giat manakala eksport disokong oleh produk dan pasaran negara yang sangat pelbagai.

“Sistem kewangan domestik mempunyai tahap permodalan yang kukuh dengan mudah tunai yang lebih daripada mencukupi. Pengantaraan kewangan juga terus menyokong ekonomi,” jelas BNM.

Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata Malaysia kekal sebagai ekonomi terbuka.

Beliau berkata keutamaan dasar pada masa ini adalah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam persekitaran harga yang stabil serta mengukuhkan lagi asas-asas ekonomi dalam negara melalui pembaharuan struktur dan bukannya dengan melaksanakan kawalan modal atau menambat semula ringgit.

“Hal ini akan memberikan sokongan yang lebih berterusan untuk ringgit,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Menurut BNM, pergerakan ringgit akan terus ditentukan oleh pasaran.

Pasaran pertukaran asing terus berfungsi dan mengantara dengan berkesan, tambah bank pusat.

BNM menjelaskan jumlah urus niaga pertukaran asing harian tempatan terus meningkat hingga mencapai purata semasa sebanyak US$13.3 bilion berbanding dengan US$11.3 bilion pada tahun 2021 berikutan aliran pertukaran dua hala.

“Aktiviti pasaran bon kekal kukuh, disokong mantap oleh pelabur institusi dan institusi kewangan,” menurutnya.

Justeru, operasi pasaran BNM akan memastikan keadaan mudah tunai yang mencukupi dan pasaran kewangan berfungsi dengan teratur, tambah bank pusat.

Berita berkaitan
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, sudah cecah RM4.70
September 27, 2023· Isu semasa
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
September 27, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
4 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
4 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
23 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
23 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
7 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok