Keterangan bekas SUA Zahid bagi dapatkan perbicaraan adil, kata peguam

September 20, 2022 · Isu semasa

Peguam Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhujah supaya keterangan bekas Setiausaha Akhbarnya (SUA), Mejar Jeneral (B) Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican dimasukkan dalam pembelaan kes penyelewengan dana Yayasan Akalbudi.

Peguam Presiden UMNO itu, Hisyam Teh Poh Teik berkata keterangan Fadzlette yang kini Pengarah Media Presiden UMNO penting guamnya mencabar keterangan yang diberikan oleh Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly selaku saksi pendakwaan.

“Keterangan saksi kedua pembelaan adalah perlu untuk menunjukkan Mazlina cuai dan tidak mematuhi arahan dalam mengendalikan akaun peribadi Ahmad Zahid iaitu berkaitan dengan tindak tanduk dan tingkah lakunya.

“Oleh itu kami meminta Yang Arif untuk berhati-hati dalam menerima hujahan pendakwaan dalam hal ini. Jika Yang Arif menerima hujahan itu, ia akan menafikan hak tertuduh untuk mengemukakan pembelaannya secara berkesan dan seterusnya untuk mendapatkan perbicaraan adil sebagaimana dijamin oleh perlembagaan.

“Kami menyatakan bahawa selagi keterangan yang hendak dimasukkan itu ada kaitan bagi mencabar saksi pendakwaan dan ia menyentuh isu utama dan bukannya sampingan, selagi ia ada kaitan dan relevan maka ia hendaklah diterima,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Hisyam semasa prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuat hujahan balas susulan pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran supaya Mahkamah Tinggi menolak sebahagian pernyataan saksi Fadzlette dengan alasan ia tidak relevan dan hanya mengandungi isu sampingan yang berulang kali dibangkitkan di mahkamah.

Sementara itu, Raja Rozela berkata, pembelaan tidak boleh mengguna pakai peruntukan Seksyen 153 (2) Akta Keterangan 1950 kerana ia mesti menunjukkan bahawa Mazlina berat sebelah terhadap bekas majikannya.

Keterangan bahawa Mazlina tidak mematuhi arahan dan membuat keputusannya sendiri tidak termasuk dalam peruntukan itu kerana ia tidak menunjukkan saksi pendakwaan itu mempunyai motif buruk ke atas Zahid.

“Bagaimana keterangan ini jika diterima oleh mahkamah, boleh menunjukkan yang Mazlina tidak menerima arahan sedangkan beliau hanya berurusan dengan Ahmad Zahid dan bukannya Fadzlette?

“Sedangkan dalam hal ini, saksi kedua itu hanya bimbangkan mengenai isu Mazlina yang tidak menghormatinya,” katanya.

Zahid, 69, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menetapkan esok bagi membuat keputusan selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak.

Berita berkaitan
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
11 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023· Politik
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
2 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
2 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
3 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
3 jam lalu · Isu semasa
RM420 juta belanja enam PRN
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok