Ketepikan perbezaan, Bersatu sambut baik konsep ‘Keluarga Malaysia’

August 31, 2021 · Isu semasa

Semua pihak digesa mengenepikan perbezaan selari dengan tema Hari Kebangsaan 2021 ‘Malaysia Prihatin’ dan memberi fokus ke arah memperkasakan amalan politik khimat bakti kepada rakyat, kata Bersatu.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dalam menghadapi cabaran krisis kesihatan yang sedang melanda negara, rakyat dan semua pihak perlu memberikan fokus kepada agenda membangunkan negara dan membela rakyat.

“Menghayati tema Hari Kebangsaan 2021, Malaysia Prihatin, Bersatu berazam dan bertekad untuk memperkasakan amalan politik khidmat bakti kepada rakyat di semua pringkat, terutama membantu rakyat yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.

“Oleh yang demikian, Bersatu menyeru kepada semua pihak untuk mengetepikan segala perbezaan yang ada dan seterusnya memperbaharui iltizam nasional secara kolektif untuk terus fokus kepada agenda membangunkan negara dan membela rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Muhyiddin lagi, usaha berterusan untuk mengukuhkan perpaduan antara rakyat Malaysia perlu menjadi keutamaan, justeru langkah konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang dibawa Perdana Menteri baharu disambut baik.

“Bersatu juga menyambut baik konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan menyifatkan bahawa pendekatan tersebut adalah amat bertepatan bagi memelihara keharmonian antara rakyat Malaysia yang berbilang agama, bangsa dan budaya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga berkata partinya yakin dengan barisan Kabinet yang baharu diumumkan baru-baru ini ia dapat mentadbir negara selari dengan aspirasi rakyat.

Malaysia menyambut Hari Kebangsaan Ke-64 hari ini.

Baru-baru ini tercetus kemelut politik yang bermula dengan tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Kemelut tersebut sengaja dicetuskan pada ketika negara sedang bergelut dengan krisis kesihatan terburuk dalam sejarah dunia.

Berita berkaitan
Skandal LCS: PM jangan jadi pak turut, tubuh RCI siasat pemimpin UMNO
4 jam lalu· Isu semasa
PM akan dengar cakap kita PRU-15 diadakan tahun ini juga, kata Zahid
4 jam lalu· Politik
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
8 jam lalu· Isu semasa
Keputusan parti Zuraida dan beberapa parti lain sertai BN dibuat esok
9 jam lalu· Politik
Popular
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Menteri agama gesa KDN ambil tindakan wanita pakai ihram lelaki
August 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia Airlines rai penerbangan terus pertama ke Haneda, Jepun
43 minit lalu · Isu semasa
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
2 jam lalu · Isu semasa
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
2 jam lalu · Isu semasa
RTM siar 41 perlawanan Piala Dunia Qatar 2022, 27 siaran langsung
3 jam lalu · Isu semasa
KPM akan umum data pelajar lepas SPM tidak lanjut pelajaran: Radzi
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok