Ketegangan geopolitik punca ringgit menyusut berbanding dolar AS

August 3, 2022 · Isu semasa

Ringgit terus menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini (3 Ogos) selepas pelabur memilih mata wang selamat susulan kebimbangan terhadap ketegangan geopolitik membabitkan AS-China.

Lawatan Speaker Perwakilan Dewan AS, Nancy Pelosi ke Taiwan telah menimbulkan ketidaksenangan China dan mendorong mereka untuk menggerakkan tentera udara serta laut sebagai respons kepada lawatan tersebut, sekaligus, menimbulkan ketengangan selanjutnya dalam hubungan kuasa-kuasa besar itu, kata peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.4550/4565 berbanding dolar US daripada 4.4540/4565 yang direkodkan semalam, lapor Bernama.

Pakar Ekonomi Bebas, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar US telah disokong dengan baik sepanjang hari ini selepas ketidaktentuan geopolitik di Taiwan terus berkembang.

Tambahan pula, jualan runcit Kesatuan Eropah (EU) menguncup 3.7 peratus dari tahun ke tahun pada Jun berbanding penguncupan 1.7 peratus yang didasarkan kepada anggaran konsensus.

“Nampaknya ekonomi AS terus bertambah baik berbanding Eropah, menunjukkan bahawa Rizab Persekutuan AS berada di landasan bagi kenaikan kadar dasar antara 3.25 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2022. Oleh itu, gabungan pengelakan risiko termasuk prospek untuk kadar dana rizab yang lebih tinggi akan memberikan kelebihan kepada dolar US. Dengan lanjutan itu, ringgit mungkin kekal lemah dalam jangka masa terdekat,” katanya.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ketegangan AS-China yang membabitkan Taiwan, digabungkan dengan kadar AS yang agresif telah menjejaskan ringgit sepanjang hari ini.

Bagaimanapun, ringgit ditutup lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu naik berbanding euro kepada 4.5396/5412 daripada 4.5587/5612 yang dicatatkan semalam dan menokok berbanding pound British kepada 5.4244/4262 daripada 5.4406/4436 sebelum ini.

Ia juga melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.2262/2277 daripada 3.2278/2301 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3459/3472 daripada 3.4031/4053.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Menjelang PRU-15, nilai ringgit terus menjunam menghampiri RM4.80
November 2, 2022· Isu semasa
Ringgit merosot lagi pada awal sesi dagangan.
October 31, 2022· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh pada sesi pembukaan
October 28, 2022· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
October 27, 2022· Isu semasa
Popular
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
1 jam lalu · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
7 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
15 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
15 jam lalu · Isu semasa
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
14 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok