Ketagihan berbelanja tanda penyakit mental

April 9, 2022 · Isu semasa

Menjelang musim perayaan, kita sangat sinonim dengan ungkapan seperti ‘apa salahnya berbelanja lebih, Rayakan sebulan dan hanya setahun sekali.

Malah ada dalam kalangan pengguna menggunakan kesempatan ini untuk berlumba-lumba dengan rakan dan jiran bagi mempamerkan koleksi terbaru raya mereka.

Tahun ini puasa dan raya diraikan dengan pengeluaran one off Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah maksimum RM10 ribu. Persoalannya adakah orang ramai benar-benar menggunakannya untuk tuntutan keperluan atau berbelanja besar untuk meraikan Aidilfitri?

Sekiranya jawapan anda ingin menghabiskan wang kecemasan KWSP untuk perbelanjaan semata-mata, ia berkemungkinan petanda anda berdepan masalah mental.

Kaunselor Berdaftar Penyelaras Pusat Kaunseling Selangor, Rinatho Nunchi berkata, ketagihan membeli-belah dikategorikan sebagai salah satu masalah kesihatan mental (jika berlebihan daripada biasa) dan ia dinamakan sebagai Buying-Shopping Disorder (BDS).

Katanya berdasarkan kajian dilakukan pakar antaranya Dr. Astrid Muller, kajian mendedahkan individu dengan simptom kerisauan (anxiety) dan tekanan (depression) cenderung untuk mengalami masalah BSD, jika tidak dikawal dengan lebih awal dan berkesan.

“BSD merupakan salah satu gangguan kawalan impuls yang boleh menyebabkan masalah kesihatan mental yang serius jika tidak ditangani dengan berkesan.

“Sudah tentu apabila perlakuan ini tidak dikawal, ia akan mendatangkan masalah dalam kehidupan harian individu. Malah ia mungkin akan mencetuskan masalah perhubungan dengan individu terdekat dengannya,” katanya.

Ketagihan berbelanja di luar kemampuan memberikan impak lebih teruk khususnya berkaitan dengan pengurusan kewangan.

Ia turut mendedahkan risiko kemurungan lantaran pengurusan kewangan yang tidak teratur, dengan kata lain kehabisan wang.

Rinatho berkata kemurungan itulah sebenarnya risiko yang boleh membawa kepada BSD seperti mana kajian yang dilakukan oleh Dr Astrid Muller dan rakan-rakannya.

Individu ada tanda BSD ini perlu mendapatkan khidmat daripada pakar bagi tujuan pengesahan dan rawatan susulan jika perlu.

Lebih daripada itu, kata Rinatho sebagai umat Islam, agama sememangnya telah mengajar umatnya untuk wasatiah atau bersederhana dalam segala aspek kehidupan.

Ia termasuklah juga daripada segi berbelanja lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan dan Aidilfitri bakal menjelang.

Rinatho menegaskan pengurusan perbelanjaan perlu mengambil kira kemampuan sebagaimana dituntut dalam agama.

“Setiap daripada kita perlu membuat senarai semak bagi tujuan kawalan perbelanjaan sama ada secara fizikal ataupun secara atas talian,” ujarnya.

Berita berkaitan
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Tiada KWSP bersasar, Wan Saiful bidas kerajaan angkuh tak dengar rintihan rakyat
October 24, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok