Kesesakan semasa musim perayaan boleh diatasi selepas siap ECRL

May 3, 2022 · Isu semasa

Masalah kesesakan jalan raya setiap kali musim perayaan khususnya ke pantai timur dijangka dapat diselesaikan selepas Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) siap pada penghujung 2026.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata tempoh masa perjalanan ke wilayah berkenaan ketika ini yang mengambil masa lebih tujuh jam akan menjadi lebih singkat iaitu sekitar empat jam, lapor Bernama.

“Untuk jalan balik ke pantai timur (perayaan) memang jauh lebih sesak daripada biasa, jadi ini mungkin dapat diselesaikan dengan pembinaan ECRL yang dijangka siap akhir 2026.

“Jadi (dengan ECRL) mereka yang hendak balik ke wilayah sana hanya memerlukan empat jam sahaja dan macam Terengganu dahulu tiada kereta api tetapi sekarang sudah ada. Ini akan membantu rakyat di wilayah-wilayah berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi di Saujana di sini hari ini.

Projek ECRL sepanjang 665 kilometer (km) melibatkan 59 terowong dianggarkan RM50.27 bilion itu merangkumi kerja-kerja pembinaan di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Sementara itu, Wee berkata situasi hampir di kesemua jalan utama seluruh negara terkawal meskipun berlaku kesesakan di kebanyakan negeri namun setakat ini tiada kemalangan dahsyat dilaporkan berlaku.

Beliau berkata selain daripada menyekat kenderaan berat memasuki jalan utama dan persekutuan, situasi terkawal itu juga didorong dengan pemberian tol percuma serta kempen keselamatan jalan raya yang dilakukan kerajaan.

“Kita menyekat kenderaan berat di jalan utama dan jalan persekutuan kerana apabila dicampur adukkan kenderaan biasa dan berat ini menyebabkan orang tidak sabar menunggu, mereka potong dan itu yang akan mengakibatkan kemalangan,” katanya.

Berita berkaitan
Deepak digesa buat laporan polis atau Wee akan buat laporan sendiri
March 18, 2023· Politik
Selepas Presiden MCA disaman, kini Azmin diberi amaran pengimport telur
March 13, 2023· Politik
Tular gambar Mat Sabu dengan ahli perniagaan, misi ‘telur ayam’?
March 10, 2023· Isu semasa
Bantuan makanan lambat dan kurang kualiti di PPS, kata Wee dalam video FB
March 5, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
19 minit lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
3 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
3 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
3 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok