Kesesakan lebuh raya, orang ramai disaran semak aplikasi PLUS

October 15, 2021 · Isu semasa

Aplikasi serta Twitter PLUS Malaysia Berhad (PLUS) digalakkan sentiasa disemak orang ramai bagi mengelakkan kesesakan lebuh raya dan memudahkan meeka merancang perjalanan merentas negeri dengan lancar.

Dengan menyemak aplikasi tersebut ia dapat membantu orang ramai mendapatkan maklumat terkini aliran trafik, selain penggunaan aplikasi Waze juga boleh digunakan untuk melihat maklumat kemalangan dan kesesakan lalu lintas supaya pemandu boleh mencari jalan alternatif pulang ke kampung.

Saranan tersebut dicadangkan Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS, Syed Mohammed Idid Syed Ahmad Idid yang berkata maklumat, gambar dan video menerusi aplikasi terbabit wajar dijadikan panduan untuk menetapkan waktu paling sesuai untuk merentas negeri.

“Terpulang kepada mereka mahu merentas negeri bila dan jam berapa. Ada yang suka memandu pada waktu pagi, manakala ada yang gemar memandu selepas jam 12 tengah malam.

“Bagaimanapun, mereka digalakkan untuk guna aplikasi itu untuk merancang perjalanan dengan lebih baik dan lancar kerana kita tidak mahu pemandu berada dalam keadaan tertekan.

“Pada masa sama, sediakan barang asas, bekalan makanan dan minuman secukupnya terutama untuk anak kecil kerana mungkin ada situasi kenderaan akan ‘sangkut’ dalam kesesakan trafik,” katanya lapor portal hari ini.

PLUS menjangka 1.3 juta kenderaan sehari di semua lebuh raya kendalian syarikat itu pada hujung minggu ini dan cuti umum Maulidur Rasul Selasa ini, berbanding 1.1 juta kenderaan sehari ketika ini.

Selain itu, Syed Mohammed Idid berkata, setiap pemandu perlu mendapatkan rehat dan tidur secukupnya sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung.

Katanya, ia bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti kemalangan yang secara tidak langsung mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

“Selain itu, pastikan kereta diselenggara dan periksa angin tayar sebelum memulakan perjalanan jarak jauh.

“Pastikan juga baki kad Touch ‘N Go (TNG) mencukupi untuk digunakan sepanjang lebuh raya PLUS,” katanya.

Berita berkaitan
Aliran trafik di lebuh raya utama bergerak perlahan
November 13, 2023· Isu semasa
Kenderaan dijangka meningkat di lebuh raya utama menjelang Deepavali
November 11, 2023· Isu semasa
Tiga ahli Dewan Muslimat PAS maut ketika cuba bantu mangsa kemalangan
October 20, 2023· Isu semasa
PRN: Aliran trafik lebuh raya utama masih lancar
August 12, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok