Kesedaran untuk tidak memberi dan menerima rasuah masih tahap membimbangkan: SPRM

July 19, 2022 · Isu semasa

Isu perolehan, penguatkuasaan dan ‘grand corruption’ merupakan penyumbang kepada risiko berlakunya rasuah yang paling tinggi dalam negara, kata Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Razim Mohd Noor.

Beliau berkata dalam statistik maklumat yang diterima dari tahun 2019 hingga April 2022, isu pentadbiran telah menyumbang 37.5 peratus, penguatkuasaan sebanyak 24.4 peratus manakala perolehan pula 24.2 peratus daripada jumlah maklumat keseluruhan yang diterima, menurut laporan Bernama.

“Umumnya, masyarakat kita sedar dan tahu tentang kesalahan perbuatan memberi dan menerima suapan namun kesedaran untuk tidak mengamalkannya masih di tahap membimbangkan jika dinilai daripada statistik kes rasuah yang disiasat SPRM.

“Secara tidak langsung, ia membuktikan masih ada juak-juak tertentu yang perlu diberi perhatian agar perbuatan rasuah tidak terus menular,” katanya ketika berucap pada Program Perolehan Bebas Rasuah: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Agensi Agama di Bangi hari ini.

Razim juga berkata pengurusan dana yang diterima daripada kerajaan perlu diurus dengan baik, telus dan adil supaya tidak berlaku penyelewengan.

“Tanggungjawab yang sangat besar sebenarnya dalam melaksanakan agihan peruntukan ini kepada penerima akhir agar tiada pihak yang didiskriminasi,” katanya.

Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Aminudin Mohamad, yang membacakan teks ucapan Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata pegawai dan anggota agensi serta jabatan agama perlu membentuk nilai positif dalam diri, kuat dan amanah, cekap dan berintegriti serta sentiasa jujur dan telus dalam melakukan pekerjaan, mempamer budaya kerja Islam selain sentiasa bersungguh-sungguh dalam pekerjaan.

“Agensi agama perlu bersih dan dilihat bersih. Kita perlu berhemah dan berhati-hati dalam menguruskan wang rakyat. Kita tidak mahu agensi agama dilabel sebagai tidak efektif… Kita perlu menangkis persepsi dan tohmahan bahawa institusi agama turut terpalit dengan isu ketirisan, rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan,” katanya.

Hakimah berkata agensi dan jabatan agama perlu sentiasa menunjukkan teladan yang baik dalam segala urusan dan tindakan selain berusaha menjaga nama baik organisasi serta imej Islam.

“Jika kita tersilap langkah, tersalah atur, akan memberi impak yang sangat besar kepada agama, sangat memalukan dan sangat mengaibkan,” katanya.

Program Perolehan Bebas Rasuah: Jakim dan Agensi Agama, yang dihadiri 150 pegawai kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan, diadakan sebagai antara usaha ke arah pemantapan governans, integriti dan antirasuah bagi memastikan tidak berlaku rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan ketirisan dalam pengurusan perolehan kerajaan serta wang awam.

Berita berkaitan
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok