Kesan politik terhadap Najib, kata Arul Kanda dalam kes audit 1MDB

August 26, 2022 · Isu semasa

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini memberitahu mahkamah bahawa apa yang dibimbangi mengenai laporan Ketua Audit Negara 2016 terhadap syarikat itu, adalah kesan politik terhadap Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak.

Arul Kanda Kandasamy yang menjadi CEO 1MDB dari Januari 2015 hingga Jun 2018 berkata demikian ketika memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-15 dalam perbicaraan Najib berhubung dakwaan meminda laporan audit 1MDB.

Beliau menjelaskan bahawa kebimbangan putaran politik yang timbul daripada kandungan laporan audit itu adalah secara langsung mengenai Najib, bukannya pandangan negatif terhadap 1MDB sendiri atau Malaysia.

Hari ini, peguam bela utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempersoalkan Arul Kanda mengenai keterangannya sebelum ini bahawa Najib bimbang tentang putar-belit politik berhubung kandungan laporan audit 1MDB.

Arul Kanda juga sebelum ini berkata bahawa beliau mengingati kebimbangan penemuan laporan audit 1MDB yang mungkin menyebabkan putaran politik yang akan merugikan Najib.

Shafee bertanya: “Sekarang soalan saya kepada anda ialah ini, adakah anda tidak bimbang tentang ahli politik atau putaran politik yang menjejaskan atau merugikan 1MDB sendiri?”

Arul Kanda berhenti seketika apabila mempertimbangkan soalan ini, sebelum menjawab: “Tidak secara langsung, kerana syarikat itu sedang diserang dari segala sudut, kiri, kanan dan tengah pada masa itu.”

Shafee kemudian mencadangkan bahawa memandangkan 1MDB sudah diserang, tindakan Arul Kanda memperbetulkan kandungan dalam laporan audit 1MDB juga akan menyebabkan kepentingan syarikat dilindungi.

Shafee: Jadi apabila anda ingin memperbetulkan kedudukan itu, bukankah anda juga melindungi kepentingan syarikat?

Arul Kanda: Itu adalah salah satu objektif.

Shafee: Bagaimana dengan kepentingan negara? Kerana ini adalah dana berdaulat Malaysia. Apabila anda membetulkan tanggapan salah yang mungkin diberikan, selain kepentingan Datuk Seri Najib yang anda lihat – tidak mahu ia merugikan beliau – anda telah mengatakannya kepada 1MDB, tetapi faktor lain ialah negara sendiri .

Arul Kanda: Itu tidak ada dalam fikiran saya ketika itu, saya rasa itu di atas gred gaji saya untuk dipertimbangkan.

Pada 12 Disember 2018, Najib didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu untuk mendapat kekebalan daripada tindakan undang-undang dan menyebabkan laporan akhir audit 1MDB dipinda sebelum dibentang dalam mesyuarat PAC pada Mac 2016.

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan berkenaan bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Perbicaraan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan bersambung 2 September ini.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
3 jam lalu· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
3 jam lalu· Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Prof Agus dahulu tolak tawaran Anwar kini dilantik Pengarah J-KOM baharu
February 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
3 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
3 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
3 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
3 jam lalu · Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok