Kesan jerut pada mayat kanak-kanak 11 tahun, ibu ditahan

July 15, 2022 · Isu semasa

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditemukan mati dengan kesan jerut di leher dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Bukit Tropika, Yong Peng di Batu Pahat, semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya menerima maklumat awam mengenai kejadian itu pada 4.55 petang sebelum menahan ibu mangsa yang berusia 34 tahun bagi membantu siasatan, lapor Bernama.

Beliau berkata siasatan awal mendapati terdapat kesan luka di dahi dan kesan jerut di leher mangsa, namun tiada kecederaan di bahagian badan mangsa.

“Keterangan beberapa saksi telah diambil dan mangsa dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Ibu mangsa ditahan untuk siasatan lanjut memandangkan terdapat kenyataannya yang tidak konsisten dengan kenyataan diberikan oleh saksi-saksi,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata wanita terbabit kini direman tujuh hari bermula hari ini hingga 21 Julai dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis masih menyiasat punca sebenar kes berkenaan berlaku dan akan membawa ibu kanak-kanak itu menjalani pemeriksaan mental,” katanya

Sementara itu, menurut adik wanita berkenaan yang enggan dikenali menyatakan dia ke tempat kejadian setelah dihubungi jiran kakaknya.

“Ketika saya tiba di lokasi, saya ada berbual dengan kakak dan dia memberitahu ada bergaduh dengan mangsa sebelum menyatakan menemui anaknya itu menggantungkan diri.

“Saya syak kakak berada dalam keadaan tertekan sebelum bergaduh dengan anaknya itu dan kami sekeluarga masih terkejut dengan kejadian berkenaan,” katanya.

Berita berkaitan
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
17 jam lalu· Isu semasa
Pegawai MP Bentong dan Setiausaha Akhbar Menteri dipanggil beri keterangan
22 jam lalu· Politik
Macau Scam: Warga emas kerugian RM140,000
January 17, 2023· Isu semasa
Tanah runtuh: Operasi SAR disambung semula cari mangsa runtuhan
December 17, 2022· Isu semasa
Popular
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
January 26, 2023
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
January 26, 2023
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023
Zahid mohon pasport dikembalikan, kata PM beri mandat dalam urusan pentadbiran
January 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
12 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tak tegas dalam tangani Islamofobia, NGO gesa ambil tindakan diplomatik
16 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan DAP P. Pinang harap kerajaan lulus projek banyak dalam Bajet 2023
17 jam lalu · Isu semasa
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
18 jam lalu · Isu semasa
Penduduk di Sarawak dinasihati tangguh aktiviti luar: Bomba
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ pilih bersama UMNO, tolak pelawaan sertai Perikatan Nasional
14 jam lalu
[VIDEO] Tak sedar formula gagal, Rafizi tuduh Perikatan akan main isu harga barang
January 26, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok