Kesan iklim antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini

March 22, 2022 · Isu semasa

Kesiapsiagaan Kuala Lumpur berhadapan dengan kesan iklim yang semakin ekstrem termasuk banjir dan tanah runtuh dalam tempoh 20 tahun akan datang antara isu yang akan dikupas pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, pertanyaan itu akan diajukan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) kepada Menteri Wilayah Persekutuan semasa sesi soal jawab, lapor Bernama.

Turut tersenarai, soalan Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) yang meminta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah proaktif kerajaan untuk meningkatkan kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menghadapi kes-kes rasuah yang semakin kritikal.

Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) pula akan meminta Perdana Menteri menyatakan usaha bagi mengekang penyebaran ajaran dan fahaman salah dari panduan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti fahaman bidaah dan khurafat yang masih berlaku dalam masyarakat.

Selesai sesi tersebut, bacaan kali pertama Rang Undang-Undang Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022 dijangka dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Turut dijangka menjadi tumpuan adalah sesi bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021.

Dewan Rakyat bersidang hingga 24 Mac ini.

Berita berkaitan
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
June 8, 2023· Politik
RUU rokok: Bung nak buka rahsia KJ
June 7, 2023· Isu semasa
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023· Isu semasa
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
4 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023 · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
June 9, 2023 · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok