Kesalahan seksual terhadap kanak-kanak meningkat ketika PKP

August 15, 2021 · Isu semasa

Sejak akhir-akhir ini, golongan kanak-kanak lebih cenderung menjadi mangsa gangguan seksual. Boleh dikatakan sejak beberapa bulan lalu ada saja kes jenayah seksual.

Polis Diraja Malaysia mengesan peningkatan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik Covid-19. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata,  peningkatan turut dikesan membabitkan kesalahan bukan fizikal seperti pornografi serta kelucahan audio dan visual.

“Di sebalik penurunan (kadar dan trend jenayah), ada kategori tertentu menunjukkan peningkatan, contohnya kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, kesalahan bukan physical contact seperti buat capaian pornografi, amang seksual seperti perkataan… menunjukkan isyarat lucah dalam bentuk audio dan visual.

“Punca peningkatan jenayah tersebut adalah disebabkan faktor penggunaan media sosial yang luas (dalam tempoh PKP),” katanya.

Senario ini perlu diubah dan keluarga kanak-kanak mesti memerhatikan tingkah laku anak mereka jika ada sebarang perubahan. Ini kerana kanak-kanak adalah insan yang perlu dilindungi daripada segala bentuk kekerasan atau keganasan yang memudaratkan fizikal, mental dan emosinya.

Golongan ini perlu sentiasa diawasi agar tidak terbabit dalam sebarang bentuk penindasan, penganiayaan dan kezaliman seperti kekerasan fizikal, penderaan seksual dan pembunuhan.

Segala bentuk keperluan mental, fizikal dan spiritual kanak-kanak perlu diberi perhatian sewajarnya. Dalam konteks masyarakat pula kanak-kanak memerlukan perlindungan undang-undang dan keprihatinan masyarakat dalam membendung dan mencegah sebarang bentuk perlakuan jenayah ke atas kanak-kanak.

Apa yang dimaksudkan gangguan seksual kanak-kanak? Pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya (UM), Dr. Mariani Mohd. Nor berkata, gangguan seksual kanak-kanak didefinisikan perlakuan individu iaitu pemangsa memaksa atau cuba mempengaruhi serta mengugut mangsa sama ada melakukan hubungan seksual atau gangguan seksual banyak cara termasuk memasukkan objek dalam mulut, tubuh, dubur dan kesakitan fizikal.

Dr. Mariani memberitahu, perbuatan mengusap-usap kadang-kadang mengelirukan kanak-kanak kerana mereka menganggap itu sentuhan sayang.

“Dalam kes ini, pelaku akan memujuk mangsa. Misalnya memaksa mangsa menanggal baju atau melakukan seks oral. Oleh itu, kanak-kanak perlukan bimbingan kerana perbuatan tersebut bukan perkara normal. Perlu diingat, perkara ini boleh menjadi serius hingga menyebabkan gangguan emosi mereka dan mengakibatkan kemurungan,” katanya.

Dr. Mariani menjelaskan, kanak-kanak sering menjadi mangsa gangguan seksual kerana pada peringkat umur ini, mereka mudah menerima keputusan orang dewasa seperti pemangsa.

Berbeza dengan remaja, mereka ada persetujuan dengan orang yang di sekeliling mereka.

“Ugutan mengakibatkan kanak-kanak keliru walaupun perbuatan itu salah. Tanpa bertanya kenapa atau apa, mereka akan menurut kata pemangsa,” jelasnya.

Di sebalik kejadian ini, kanak-kanak akan meninggalkan ingatan atau kenangan dalam memori mereka apabila dewasa kelak. Terdapat tiga peringkat umur kanak-kanak iaitu awal (empat tahun ke bawah), pertengahan (empat hingga tujuh tahun) dan lewat kanak-kanak (tujuh hingga 11 tahun).

“Bawah empat tahun, kanak-kanak biasa mengalami emosi dan perasaan tidak stabil. Selain itu, fizikal juga tidak sesuai untuk menjalinkan hubungan seks kerana fizikal masih lagi kecil. Penderaan seks juga aka mengakibatkan sakit seperti koyakan di alat sulit. Peristiwa ini akan meninggalkan kesan perasaan seperti takut kepada kanak-kanak tersebut,” jelasnya.

Bahkan, perbuatan berulang mengakibatkan kanak-kanak menjadi trauma. Kes seperti ini akan membantutkan perhubungan sosial iaitu kanak-kanak yang ceria bertukar menjadi takut.

“Hubungan dengan kanak-kanak sebaya turut terjejas termasuk pemikiran dan menjadikan perkembangan menjadi tidak normal kerana tidak sama dengan kanak-kanak lain yang tidak mengalami gangguan seperti mereka. Ia memberi kesan dari segi perasaan dan emosi untuk jangka masa panjang dan pendek,” ujarnya.

Secara keseluruhannya, kanak-kanak yang mengalami gangguan seksual akan mendapat kesan psikologi termasuk kemurungan.

“Lama-kelamaan ia akan mengakibatkan kendiri kanak-kanak menjadi rendah.

Misalnya, tidak dapat bergaul seperti kanak-kanak lain. Ia juga memberi kesan dari segi pencapaian akademik,” jelasnya.

Justeru itu, ibu bapa jiran dan masyarakat perlu peka terhadap perkara di sekeliling mereka. Jika perkara ini terjadi di kalangan ahli keluarga, mereka perlu tahu saluran mana nak pergi dulu.

Hakikatnya pada hari ini, kebanyakan ibu bapa sentiasa malu untuk mendedahkan perkara sebenar.

“Antara saluran yang boleh digunakan termasuk pertubuhan wanita, tele dera atau pusat krisis wanita untuk mengadu kes penderaan seksual. Selain itu, ibu bapa perlu bertenang dan jangan panik,” katanya.

Dalam konteks ini, mangsa memerlukan sokongan keluarga. Lebih malang, ibu bapa kadang-kadang tidak mempercayai anak-anak apabila mereka mengadu. Contohnya, apabila anak mereka memberitahu bahagian alat sulit mereka sakit, ibu bapa tidak mempercayai aduan tersebut.

“Jika gangguan seksual dialami oleh keluarga, mereka perlu sentiasa memberi sokongan walaupun ibu bapa sibuk bekerja. Masyarakat perlu tahu kanak-kanak merupakan golongan yang keliru dengan perasaan, mudah dipengaruhi dan tidak tahu apa nak dibuat. Kita perlu membantu supaya kanak-kanak ini kelak lebih berterus terang dan berani,” jelasnya.

Bagi menaikkan semula motivasi mangsa, keluarga perlu menyampaikan perasaan simpati menerusi sokongan.

Laporan polis juga perlu dibuat dan masyarakat perlu tahu perkara ini bukan sesuatu yang memalukan.

“Ibu bapa perlu ingat tindakan tersebut dapat menyelamatkan orang lain. Kes penderaan seksual yang terjadi dapat dijadikan pengajaran dalam masyarakat,” katanya.

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
October 3, 2022
Mangsa banjir di Johor meningkat lagi pada tengahari, Mat Maslan mana?
October 3, 2022
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
October 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dua juta pekerja asing bakal masuk dalam tempoh terdekat: Saravanan
9 jam lalu · Isu semasa
Bantuan makanan bawah program MPN libatkan hampir 15,000 golongan rentan
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.70, kerajaan masih abai nasihat MPN
10 jam lalu · Isu semasa
MPN bimbang kejatuhan ringgit, tapi Gabenor kata bukan pengukur keadaan ekonomi
10 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
10 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok