Kes YAB: Zahid harap Timbalan Pendakwa Raya tak jadi menteri

August 22, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (22 Ogos 2022) sekiranya beliau seorang perasuah, pastinya wang RM2 juta yang diterima daripada seorang pengarah syarikat akan dibuat atas namanya sendiri dan bukan ditandakan sebagai ‘sumbangan politik’.

Menurutnya dia menerima wang RM2 juta dalam tiga cek daripada pengarah syarikat Profound Radiance Sdn Bhd (PRSB), Azlan Shah Jaffril yang ditandakan oleh Azlan Shah sebagai ‘amal jariah’ dan ‘sumbangan politik untuk Timbalan Perdana Menteri’.

“Wang RM2 juta ini tidak dimasukkan ke dalam akaun peribadi saya, tetapi untuk Yayasan Akalbudi (YAB) yang akaunnya dipegang oleh firma guaman Tetuan Lewis & Co.

“Orang yang ikhlas seperti saya ini dituduh, manakala orang yang ‘songlap’ duit tidak dituduh. Saya rasa ini sesuatu yang tidak patut berlaku kepada saya,” kata Presiden UMNO itu.

Katanya keterangan Azlan Shah selaku saksi pendakwaan ke-18 juga menyatakan bahawa wang RM2 juta itu adalah sumbangan politik dan kebajikan, dan ia harus diterima mahkamah kerana ia adalah keterangan bersumpah oleh saksi.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Abdul Malik Ayob ketika membela diri atas 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit milik dana YAB.

Abdul Malik kemudian beberapa kali bertanyakan soalan kepada Zahid mengenai tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam membuat keputusan bagi memberi kelulusan kepada PRSB untuk mengendalikan perkhidmatan One Stop Centre (OSC) visa di Nepal dan Pakistan.

Bagaimanapun Zahid dilihat seperti ingin mengelak daripada menjawab soalan itu dan merujuk kepada satu minit mesyuarat yang menyatakan kelulusan kepada PRSB hanya dibuat setelah mengambil kira syor-syor yang dibuat ketika mesyuarat KDN sebelum ini.

Abdul Malik: Sekarang ini saya masih tidak dapat kenal pasti siapa sebenarnya yang membuat keputusan untuk luluskan PRSB. Bila saya teliti keterangan, Datuk Seri katakan arahan diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak) tetapi Datuk Seri kata keputusan itu dibuat oleh orang-orang lain iaitu Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

Zahid: Yang Arif, saya berharap Tuan Timbalan Pendakwa Raya ini tidak akan jadi menteri pada satu hari dan saya doakan beliau tahu peraturan, iaitu di mana-mana kementerian sekali pun mesti ikut prosedur sama (prosedur untuk meluluskan sesebuah syarikat).

Abdul Malik: Datuk Seri, saya tidak teringin hendak jadi ahli politik.

Zahid: Bagus, memang tidak layak.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian mengarahkan Ahmad Zahid untuk menjawab soalan yang dikemukakan Abdul Malik, sebelum mahkamah berhenti rehat.

Zahid turut diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.

Bagi pertuduhan ke-16, 17 dan 18 yang dihadapinya, Ahmad Zahid, 69, didakwa secara rasuah menerima tiga suapan berjumlah RM2 juta dalam bentuk tiga cek bernilai RM300,000, RM1 juta dan RM700,000 milik PRSB melalui akaun Tetian Lewis & Co, sebagai upah kepadanya selaku Menteri Dalam Negeri dalam melantik PRSB sebagai Pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di Negara Pakistan dan Nepal di Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

Perbicaraan di hadapan Hakim Sequerah bersambung esok.

Berita berkaitan
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
13 jam lalu· Politik
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
June 2, 2023· Politik
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
June 1, 2023· Politik
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
June 1, 2023· Politik
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
1 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
6 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
8 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
8 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
15 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok