
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dan kes sembuh di seluruh negara semalam, 17 Julai 2022.
Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Ahad, 17 Julai 2022) turun di bawah 4,000 kes, berbanding lebih 5,000 yang direkodkan pada Sabtu.
Data laman sesawang CovidNOW Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sebanyak 3,936 jangkitan baharu dilaporkan, berbanding 5,047 pada Sabtu.
Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu mula melanda Malaysia pada Januari 2020 meningkat kepada 4,622,981 kes, dengan 4,544,615 pesakit telah sembuh, termasuk 3,899 yang pulih semalam.
Daripada jumlah jangkitan harian semalam, 2,901 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 692 kes (penerima dua dos); 326 kes (individu tidak divaksinasi); dan 17 kes (individu belum lengkap vaksinasi).
Berdasarkan rekod CovidNOW, kes aktif kini meningkat kepada 42,511 berbanding 42,481 yang dicatat pada Sabtu, dengan 40,933 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (40,923 pada Sabtu).
Seramai 33 pesakit ditempatkan di PKRC (39 pada Sabtu), manakala 1,484 pesakit dirawat di hospital (1,459 pada Sabtu); dan 61 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (60 pada Sabtu), termasuk 38 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (34 pada Sabtu).
Berikut adalah pecahan kes harian mengikut negeri dan kumulatif positif sejak Januari 2020:
Selangor – 1,491 (1,409,140);
Johor – 86 (387,298);
Kuala Lumpur – 1,055 (388,120);
Sabah – 231 (378,137);
Sarawak – 38 (308,737);
Kedah – 80 (302,732);
Pulau Pinang – 232 (287,817);
Kelantan – 32 (248,822);
Perak – 268 (211,059);
Negeri Sembilan – 187 (210,701);
Pahang – 70 (173,292);
Melaka – 108 (127,605);
Terengganu – 31 (126,968);
Putrajaya – 12 (23,168);
Labuan – 7 (21,645); dan
Perlis – 8 (17,740).
Sementara itu, KKM juga memaklumkan tujuh pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk tiga kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes ‘brought in death’ (BID).
Ini menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 35,855 kes, termasuk 7,605 kes BID.
Kes kematian itu melibatkan tiga di Johor; Kedah (dua) dan masing-masing satu di Melaka dan Pahang.