
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara semalam, 16 Jun 2022.
Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 16 Jun 2022) turut sedikit berbanding Rabu, namun kekal melebihi paras 2,000.
Semalam sebanyak 2,033 jangkitan baharu dilaporkan, turun sedikit berbanding 2,320 kes pada Rabu.
Daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,501 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19; penerima dua dos (354 kes); individu tidak divaksinasi (163 kes); dan penerima belum lengkap vaksinasi (15 kes).
Menurut laman sesawang CovidNOW Kementerian Kesihatan (KKM) jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 sebanyak 4,534,665 kes, dengan 4,474,358 pesakit telah sembuh, termasuk 1,337 yang pulih semalam.
Sehingga semalam juga sebanyak 24,577 kes masih aktif, meningkat berbanding Rabu sebanyak 23,886 kes.
Daripada jumlah itu, 23,573 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 13 ditempatkan di PKRC; 959 dirawat di hospital; dan 32 dimasukkan ke unti rawatan rapi, dengan 18 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Berikut adalah pecahan kes harian semalam serta kumulatif positif sejak 2020 mengikut negeri:
- Selangor – 685 (1,378,378);
- Johor – 68 (385,161);
- Sabah – 99 (373,097);
- Kuala Lumpur – 551 (363,127);
- Sarawak – 38 (307,233);
- Kedah – 62 (301,084);
- Pulau Pinang – 167 (283,214);
- Kelantan – 17 (248,098);
- Negeri Sembilan – 94 (206,221);
- Perak – 116 (205,340);
- Pahang – 28 (172,001);
- Terengganu – 8 (126,400);
- Melaka – 59 (125,147);
- Labuan – 0 (21,439);
- Putrajaya – 37 (21,222); dan
- Perlis – 4 (17,503).
Sementara itu, KKM turut memaklumkan lima lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, termasuk tiga kes melibatkan kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Kematian semalam melibatkan tiga kes di Perak dan dua kes di Johor, menurut KKM.
Kedua-dua kematian di Johor dan satu di Perak melibatkan kes BID.
Jumlah kematian semalam menjadikan pesakit Covid-19 di Malaysia yang meninggal dunia sejak 2020 seramai 35,730 kes, termasuk 7,579 kes BID.