Kes turun bawah paras 3,000 semalam, 6 kematian dilapor

August 21, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 20 Ogos 2022) turun di bawah paras 3,000, dengan enam kematian dilaporkan dan dua lagi kluster baharu direkodkan.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan dalam tempoh itu sebanyak 2,798 jangkitan baharu dilaporkan, turun berbanding 3,490 kes yang dicatat pada Jumaat.

Jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,755,288 kes, dengan 4,678,262 pesakit telah pulih, termasuk 4,669 pesakit yang sembuh semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,894 kes Covid-19 melibatkan penerima vaksin dos penggalak; 592 kes (individu lengkap dua dos); 291 kes (individu tidak divaksinasi); dan 21 kes membabitkan individu yang menerima satu dos.

Sehingga semalam kes aktif turun semula kepada 40,890, berbanding 42,767 kes yang dicatat pada Jumaat, dengan seramai 39,417 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (41,212 pada Jumaat), dan 29 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (26 pada Jumaat).

Sementara itu, jumlah pesakit yang dirawat di hospital turun lagi kepada 1,379 orang berbanding 1,454 pada Jumaat, manakala 65 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, turun berbanding 75 yang dicatat pada Jumaat, dengan39 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (45 pada Jumaat).

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:

  • Selangor – 836 (1,452,265);
  • Kuala Lumpur – 570 (420,970);
  • Johor – 78 (390,978);
  • Sabah – 262 (387,322);
  • Sarawak – 90 (311,772);
  • Kedah – 86 (306,748);
  • Pulau Pinang – 111 (293,864);
  • Kelantan – 37 (251,105);
  • Perak – 222 (220,514);
  • Negeri Sembilan – 161 (217,824);
  • Pahang – 74 (175,455);
  • Melaka – 129 (132,052);
  • Terengganu – 34 (128,254);
  • Putrajaya – 94 (25,974);
  • Labuan – 5 (22,083); dan
  • Perlis – 9 (18,108).

Sementara itu, kedua-dua kluster yang direkodkan semalam membabitkan negeri Selangor dengan jumlah kes sebanyak 25 pesakit.

Kluster berkenaan dilaporkan di Kuala Langat melibatkan tempat kerja iaitu Kluster Jalan Seri Cheeding seramai 11 pesakit dan Kluster Industri Persiaran Graphite (14 pesakit).

Pada masa sama, KKM juga memaklumkan seramai enam lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 di negara ini sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,136 kes, termasuk 7,678 kes brought in death (BID).

Enam kematian itu dilaporkan masing-masing dua kes di Johor dan Selangor, serta masing-masing satu kes di Kuala Lumpur serta Negeri Sembilan.

Berita berkaitan
Calon, petugas ada gejaka influenza perlu pakai pelitup muka
August 3, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Popular
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Dia juga membantu orang miskin, kata PMX semasa pertemuan dengan Syed Mokhtar
June 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
3 jam lalu · Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
3 jam lalu · Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
5 jam lalu · Isu semasa
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
5 jam lalu · Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
6 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok