Kes terus naik, varian Delta sudah jadi dominan di Malaysia

August 6, 2021 · Isu semasa

Angka jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi melonjak lagi kepada jumlah tertinggi mencapai 20,889 kes, berbanding 20,596 kes semalam, susulan penularan varian Delta yang kini menjadi dominan di Malaysia.

Angka terbaharu itu menjadikan kumulatif kes sejak pandemik Covid-19 menular di negara ini pada Mac tahun lalu kepada 1,224,595 kes.

Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terus menjadi titik panas jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 11,397 kes. Selangor sahaja mencatatkan 8,792 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,483 kes) dan Putrajaya (122 kes).

Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan hari ini, hanya enam negeri merekodkan peningkatan kes, iaitu Selangor, Kuala Lumpur Sabah, Perlis, Putrajaya dan Pahang.

Terdahulu, pada sidang media khas hari ini, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong berkata peningkatan kes Covid-19 ketika ini adalah disebebkan penularan varian Delta yang kini telah menjadi dominan.

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan Covid-19 Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam di seluruh negara adalah 1.08.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Skandal LCS: Jangan salahkan orang lain kata Kit Siang kepada Najib
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
2 jam lalu · Isu semasa
Permintaan terpendam percepat pertumbuhan KDNK: Tengku Zafrul
2 jam lalu · Isu semasa
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
3 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah dikesan di Kundasang
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok