[KEMAS KINI] Kes tertinggi dicatat hari ini 11,079

July 13, 2021 · Isu semasa

Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi sebanyak 11,079 tertinggi sejak pandemik Covid-19 melanda negara Mac tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor mencatatkan kes paling tinggi iaitu 5,263 kes diikuti Kuala Lumpur (1,521 kes) dan Negeri Sembilan (1,033 kes).

Mengikut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan hari ini 10 negeri dan wilayah merekodkan peningkatan membabitkan Selangor, Sarawak, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah, Kuala Lumpur, dan Putrajaya.

Semalam sebanyak 8,574 jangkitan baharu dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam.

Kes harian Covid-19 paling tinggi pernah direkodkan sejak wabak itu melanda negara pada Mac tahun lalu adalah pada 1 Jun lalu membabitkan 9,353 kes.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok