Kes Siti Bainun: Bella beri keterangan secara tertutup

September 22, 2022 · Isu semasa

Remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella hari ini (22 September 2022) memberi keterangan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebagai saksi pendakwaan ke-18 dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya, tahun lepas.

Bagaimanapun, sebelum remaja itu memberi keterangan, Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas memberitahu mahkamah bahawa perbicaraan kes itu akan dijalankan secara tertutup kerana Bella adalah mangsa selain merupakan saksi kanak-kanak yang keterangannya tidak boleh dilaporkan oleh media dan mana-mana pihak.

Zilfinaz pada prosiding sebelum ini berkata pihaknya memohon supaya seorang perantara dan peneman Bella dilantik mengikut peruntukan di bawah Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 untuk berada bersama remaja itu di sebuah bilik lain semasa perbicaraan dijalankan.

“Dua individu ialah pegawai psikologi dari Jabatan Peguam Negara Dr Nor Jumawaton Shahruddin selaku perantara dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Noor Faiidah Mohamed selaku peneman Bella,” katanya kepada Hakim Izralizam Sanusi.

Izralizam berkata mahkamah sebelum ini telah membenarkan pelantikan dua individu itu untuk berada bersama Bella sepanjang perbicaraan dengan mengambil kira keadaan kanak-kanak kurang upaya itu.

Beliau turut membenarkan permohonan pendakwaan supaya prosiding hari ini dijalankan secara tertutup dan meminta pihak media dan orang awam meninggalkan galeri awam.

“Hari ini perbicaraan saksi, Bella akan dijalankan melalui rangkaian secara langsung selaras dengan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007.

“Direkodkan bahawa Dr Nor Jumawaton akan berada bersama Bella sebagai perantara selaras dengan Seksyen 8 Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 dan Nurul Faiidah juga akan bersama-sama saksi itu sebagai orang dewasa yang menemani, selaras dengan Seksyen 9 akta sama.

“Perlu ditekankan di sini bahawa Bella adalah saksi kanak-kanak kurang upaya maka mahkamah akan mengikut akta sama sebagai panduan,” katanya menurut Bernama.

Bella, yang memakai gaun berwarna biru watak Elsa dalam animasi Frozen, dilihat tersenyum apabila tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira 9 pagi diiringi pegawai JKM dan anggota polis.

Siti Bainun, 30, berdepan dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi antara Februari dan Jun 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini.

Berita berkaitan
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
3 jam lalu· Isu semasa
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
18 jam lalu· Politik
Rayuan difailkan berhubung pembebasan kes rasuah Bung Moktar dan isteri
September 19, 2023· Isu semasa
AS$30 juta masuk akaun Najib daripada syarikat samaran: Saksi
September 19, 2023· Isu semasa
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Pemandu bas sekolah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana meliwat
September 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
3 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
3 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
5 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
19 jam lalu · Isu semasa
Pemandu bas sekolah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana meliwat
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
2 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok