Kes Shahrir Samad gagal isytihar RM1 juta bermula esok

July 25, 2022 · Isu semasa

Perbicaraan kes bekas Pengerusi Felda,Tan Sri Shahrir Ab Samad yang didakwa gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada bekas Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), akan bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, esok.

Menerusi semakan sistem mahkamah hari ini, kes itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin pada jam 9 pagi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Azmi, Mohd ‘Afif Ali dan Natrah Fareha Rahmat manakala pasukan pembelaan diketuai peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Pada prosiding sebelum ini, pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa seramai 19 saksi akan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 26 hingga 28 Julai, 8 hingga 11 Ogos, 5 hingga 8 Sept dan 3 hingga 6 Okt ini untuk perbicaraan.

Shahrir, 72, pada mulanya didakwa di Mahkamah Sesyen. Bagaimanapun, beliau memohon supaya kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan pada 21 Mei tahun lepas, permohonan itu dibenarkan.

Shahrir mengaku tidak bersalah atas tuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113 (1) (a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun bank milik tertuduh.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini ,pada 25 April 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Bernama

Berita berkaitan
Jika pemimpin dipecat dan digantung masuk PN, situasi UMNO lebih parah: Penganalisis
13 minit lalu· Politik
Tiada guna berjuang dalam parti dipimpin orang tidak bertanggungjawab, kata Qobin
1 jam lalu· Politik
Pecat ahli tidak bersihkan UMNO, punca kekotoran masih di sana
2 jam lalu· Politik
Tak boleh beza dendam dengan perjuangan, Zahid dikritik lepas pecat ahli
3 jam lalu· Politik
Popular
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
January 27, 2023
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
January 28, 2023
Hakim baharu dalam rayuan bekas menteri Sabah terhadap sabitan dan hukuman
January 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
8 jam lalu · Isu semasa
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
17 jam lalu · Isu semasa
Kes 1MDB: Saksi mengaku gagal kendali akaun Najib
23 jam lalu · Isu semasa
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
January 27, 2023 · Isu semasa
Kes bunuh pengawal keselamatan, tertuduh dijatuhi hukuman mati
January 27, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ustaz Ahmad di majlis kutipan dana PRN Pas Kedah
12 jam lalu
[VIDEO] Noh Omar boleh rayu lagi walaupun sabotaj 16 kali, kata Megat Zulkarnain
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok