Kes sembuh tinggi, kematian turun

June 13, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 64 lagi kematian baharu akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, membabitkan 61 warganegara dan 3 bukan warganegara, menjadikan kumulatif sebanyak 3,908 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes sembuh juga melebihi 8,000 pesakit apabila hari ini merekodkan 8,163 atau 88.3 peratus menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 580,276.

“Sebanyak 73,324 kes masih aktif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau memaklumkan sebanyak 5,304 kes baharu dikesan dalam tempoh berkenaan termasuk lima kes import membabitkan dua warga negara dan tiga bukan warganegara.

“Sebanyak 917 kes kini dirawat di unit rawatan rapi dengan 452 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata dalam tempoh sama 15 kluster baharu dikesan dengan 11 daripadanya membabitkan tempat kerja, komuniti (tiga kluster) dan satu kluster Pusat Pengajian Tinggi iaitu di Sintok, Kedah membabitkan 19 pesakit.

Katanya, jumlah kluster yang dikesan sehingga kini adalah 2,477 dan daripada jumlah itu 1,711 kluster telah ditamatkan, manakala 766 masih aktif.

Beliau berkata, daripada 11 kluster baharu itu masing-masing tiga dikesan di Selangor, Johor, dan Sabah (tempat kerja); Sarawak (dua – komuniti); dan masing-masing satu di Kuala Lumpur, Melaka, Kelantan dan Kedah membabitkan tempat kerja dan pendidikan tinggi.

Data 13 Jun 2021

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Jangan cabar umat Islam: Ridhuan Tee beri amaran isu ziarah gereja
March 16, 2023
Dewan Rakyat: MP DAP harap pekebun durian di Raub diberi geran tanah
June 13, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok