Kes sembuh tertinggi direkod hari ini

September 9, 2021 · Isu semasa

Jumlah kes sembuh daripada jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi merekodkan angka tertinggi membabitkan 24,855 kes menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 1,657,486 kes, berbanding 1,919,774 kes positif keseluruhan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata 242,802 kes masih aktif dengan 1,310 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

“Daripada jumlah itu 967 kes disahkan dijangkiti Covid-19 dan 343 kes lagi disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

“Sebanyak 737 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. Daripada jumlah itu 464 kes disahkan positif Covid-19 dan 273 lagi adalah kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya dalam tempoh itu juga 323 pesakit meninggal dunia menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 19,486 kes.

Khairy berkata sebanyak 27 lagi kluster baharu dikesan menjadikan keseluruhannya 5,022 klsuter dengan 3,572 telah ditamatkan dan 1,450 lagi masih aktif.

Terdahulu beliau memaklumkan 19,307 jangkitan baharu dilaporkan dalam tempoh itu yang turut membabitkan 2,180 warganegara asing.

Daripada jumlah kes hari ini 302 kes atau 1.6 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 19,005 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Secara amnya, kita dapat melihat sedikit penurunan jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara di mana purata nilai Rt juga kini di bawah 1.0 iaitu 0.97.

“Beberapa negeri yang telah menunjukkan situasi yang lebih baik seperti negeri-negeri di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan dan Melaka, didapati terus menunjukkan trend yang positif,” katanya.

Berita berkaitan
Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?
January 25, 2023· Isu semasa
4,069 pengembara China tiba di Malaysia, belum kesan positif Covid-19: KKM
January 10, 2023· Isu semasa
Sempadan China dibuka semula ketika kes Covid-19 semakin meningkat
January 8, 2023· Dunia
Tak perlu SOP ketat dikenakan kepada pengembara China: Menteri Pelancongan
January 7, 2023· Isu semasa
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023
Izzah pastikan tender teratur, itu sahaja: Anwar
January 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
2 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
2 jam lalu · Isu semasa
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
5 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
6 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
1 jam lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok