Kes sembuh meningkat, kematian turun kepada 174 pesakit

August 23, 2021 · Isu semasa

Jumlah pesakit Covid-19 yang sembuh daripada jangkitan Covid-19 melonjak lagi dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi kepada 19,053 kes, berbanding 18,200 pesakit semalam.

Angka itu menjadikan keseluruhannya lebih 1.29 juta pesakit telah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19, berbanding kumulatif kes positif lebih 1.57 juta, sejak wabak itu mula menular di negara ini awal tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu kes kematian juga turun kepada 174 pesakit, termasuk 16 membabitkan bukan warganegara Malaysia, berbanding 232 kes semalam.

Selangor merekodkan penurunan mendadak kes kematian apabila merekodkan tujuh kes berbanding 94 kes semalam.

Bagaimanapun, kes kematian di Pulau Pinang melonjak kepada 28 kes berbanding lapan yang dicatatkan semalam, manakala Johor kekal merekodkan angka kematian tertinggi sebanyak 53 kes berbanding 64 kes semalam.

Pada masa sama beliau berkata sehingga kini terdapat 260,700 kes masih aktif, manakala 1,040 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 502 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Pada masa sama, katanya Kementerian Kesihatan (KKM) juga mengesan 30 lagi kluster baharu di seluruh negara dalam tempoh itu menjadikan keseluruhannya 4,472 kluster dengan 1,439 masih aktif.

Menurutnya, sebanyak 18 daripada kluster baharu itu membabitkan tempat kerja, komuniti (10) dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi masing-masing di Seremban, Negeri Sembilan, dan Kampar, Perak.

“Tujuh daripada kluster tempat kerja di kesan di Johor yang membabitkan 169 jangkitan; masing-masing dua di Selangor, Kedah dan Kelantan; dan masing-masing satu di Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sarawak dan Terengganu.

“Sementara itu enam kluster komuniti dikesan di Kelantan; Pahang (dua); dan masing-masing satu di Perak dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai kadar kebolehjangkitan Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan data terkini pada 22 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.03.

Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Sarawak (nilai RT 1.29), diikuti oleh Perlis (nilai1.24), dan Sabah (nilai RT 1.21). Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan.

Terdahulu beliau memaklumkan jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam itu turun mendadak dengan semua negeri, kecuali Perak, Perlis dan Labuan, merekodkan penurunan kes.

Beliau berkata dalam tempoh itu 17,672 jangkitan baharu, termasuk membabitkan 2,372 warga asing, direkodkan di seluruh negara menjadikan kumulatif lebih 1.57 juta kes sejak Covid menular di Malaysia awal tahun lalu.

“Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 436 kes atau 2.5 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 17,236 kes (97.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Secara keseluruhan, 14,337 kes atau 81.13 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” katanya.

Data kes kematian harian 23 Ogos 2021.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Skandal LCS: PM jangan jadi pak turut, tubuh RCI siasat pemimpin UMNO
August 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia Airlines rai penerbangan terus pertama ke Haneda, Jepun
56 minit lalu · Isu semasa
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
2 jam lalu · Isu semasa
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
3 jam lalu · Isu semasa
RTM siar 41 perlawanan Piala Dunia Qatar 2022, 27 siaran langsung
3 jam lalu · Isu semasa
KPM akan umum data pelajar lepas SPM tidak lanjut pelajaran: Radzi
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok