Kes sembuh melonjak, kluster baharu turun

September 26, 2021 · Isu semasa

Jumlah pesakit Covid-19 yang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi melonjak melepasi angka 20,000, lebih tinggi berbanding kes baharu yang dilaporkan dalam tempoh sama hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu 20,971 pesakit disahkan sembuh berbanding 18,074 pesakit pulih dicatatkan semalam.

Menurutnya angka terbaharu itu menjadikan kumulatif sembuh sehingga kini mencecah hampir 1.99 juta pesakit berbanding kumulatif kes positif hampir 2.2 juta kes.

Beliau berkata daripada 13,104 kes baharu yang direkodkan dalam tempoh itu hari ini, 1,209 membabitkan rakyat asing.

Sebanyak 201 atau 1.5 peratus daripada jumlah kes baharu hari ini membabitkan pesakit kategori 3, 4 dan 5, manakala selebihnya pesakit kategori 1 dan 2, katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya 1,058 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 850 disahkan dijangkiti Cpvid-19, manakala 208 kes lagi disyaki Covid-19 dan siasatan masih dijalankan.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 580 pesakit dengan 365 disahkan Covid-19, manakala selebihnya disyaki, berkemungkinan dan masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 12 kluster baharu dikesan hari ini menjadikan keseluruhannya 5,413 kluster dengan 4,228 telah ditamatkan, manakala 1,185 lagi masih aktif.

Enam daripada kluster itu membabitkan tempat kerja dan enam lagi kluster komuniti.

Bagi kluster tempat kerja, tiga dilaporkan di Selangor, dua di Johor dan satu di Kuala Lumpur. Semuanya membabitkan 216 jangkitan dengan kluster Tapak Bina Jalan Semenyih di Hulu Selangor dan Gombak merekodkan 110 individu.

Sementara Kelantan pula merekodkan dua kluster komuniti di Pasir Mas melibatkan 11 individu; dan masing-masing satu kluster di Pahang, Sarawak, Johor dan Perak. Kluster komuniti Sungai Poh di Limbang mencatat kes tertinggi dengan 44 jangkitan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok