Kes sembuh hampir dua kali ganda lebih tinggi daripada jangkitan

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan daripada 382 kes Covid-19 yang dimasukkan ke hospital semalam (10 April), 167 atau 43.7 peratus membabitkan pesakit kategori 3, 4 dan 5.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 215 kes atau 56.3 peratus lagi melibatkan kategori 1 dan 2.

Menurutnya jumlah kes sembuh harian semalam sebanyak 15,765 kes lebih tinggi berbanding jangkitan baharu sebanyak 8,112 kes.

Sejak Januari 2020 hingga semalam negara merekodkan 4,325,818 kumulatif positif, dengan 4,144,728 pesakit telah sembuh, 35,292 kematian dilaporkan dan 145,798 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, 142,513 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 300 ditempatkan di PKRC; 2,811 dimasukkan ke hospital; dan 174 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 110 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikut adalah jumlah kes mengikut kategori yang dilaporkan semalam:

  • Kategori 1: 3,772 kes (46.50%);
  • Kategori 2: 4,284 kes (52.81%);
  • Kategori 3: 29 kes (0.36%);
  • Kategori 4: 10 kes (0.12%); dan
  • Kategori 5: 17 kes (0.21%).

Daripada 56 kes kategori 3, 4, dan 5 yang baharu itu:

  • 17 kes (30.36%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 21 kes (37.50%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 18 kes (32.14%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 33 kes (58.93%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 38 kes (67.86%) mempunyai komorbid.

Pecahan kumulatif positif bagi setiap negeri adalah seperti berikut:

  • Selangor – 1,266,116;
  • Johor – 377,870;
  • Sabah – 369,184;
  • Kuala Lumpur – 336,863;
  • Sarawak – 302,457;
  • Kedah – 295,686;
  • Pulau Pinang – 272,717;
  • Kelantan – 246,381;
  • Negeri Sembilan – 195,076;
  • Perak – 194,926;
  • Pahang – 169,038;
  • Terengganu – 123,690;
  • Melaka – 119,121;
  • Labuan – 21,164;
  • Putrajaya – 18,487; dan
  • Perlis – 17,042.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 0.82.

Berdasarkan perkongsian beliau, tiada negeri yang mencatat Rt melebihi 1.00.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.00 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti.

BERITA BERKAIT
POPULAR