[KEMAS KINI] Kes sembuh catat rekod tertinggi

August 19, 2021 · Isu semasa

Jumlah pesakit yang sembuh daripada jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi melonjak ke paras tertinggi – hampir menyamai jangkitan baharu yang dilaporkan sebanyak 22,948 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan dalam tempoh itu 21,720 pesakit disahkan sembuh, tertinggi selepas 19,680 kes yang dilaporkan semalam.

Beliau berkata jumlah terbaharu itu menjadikan keseluruhan pesakit yang sembuh daripada jangkitan Covid-19 di seluruh negara sejak pandemik itu bermula awal tahun lalu kepada 1,220,446 berbanding 1,489,460 kes positif.

Katanya dalam tempoh itu juga kes kematian turun kepada 178 pesakit berbanding 225 kes yang dicatatkan semalam, menjadikan kumulatif sebanyak 13,480 kematian.

Data 19 Ogos 2021

Seramai 23 pesakit yang meninggal itu bukan warganegara Malaysia, manakala 35 kes memmbabitkan kematian sebelum dibawa ke hospital (BID).

“Sebanyak 255,534 kes masih aktif, manakala 1,060 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi dengan 528 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Terdahulu Dr Noor Hisham memaklumkan 22,948 jangkitan baharu dilaporkan di seluruh negara dengan 3,799 membabitkan bukan rakyat Malaysia.

“Daripada 22,948 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 457 kes atau 2.0 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 22,491 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Secara keseluruhan, 17,981 kes (78.4 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap divaksinasi,” katanya.

Mengenai kadar kebolehjangkitan, beliau berkata berdasarkan data terkini pada 18 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.04, dengan Perlis kekal mencatat nilai RT tertinggi 1.33.

Ini diikuti Sarawak (nilai RT 1.21), dan Sabah (nilai RT 1.19). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan dalam tempoh berkenaan 42 lagi kluster baharu dikesan menjadikan keseluruhannya 4,348 kluster dengan 2,945 kluster telah ditamatkan dan 1,403 lagi masih aktif.

Sebanyak 23 daripada jumlah kluster baharu itu membabitkan jangkitan di tempat kerja, komuniti (15), dan dua kluster pusat tahanan di Kedah, selain kumpulan berisiko tinggi di Johor dan kluster keagamaan di Selangor.

Selangor merekodkan 10 kluster tempat kerja, diikuti Pulau Pinang (empat), masing-masing tiga di Kelantan dan Perak, Johor (dua) dan satu di Pahang.

Sementara enam kluster komuniti dikesan di Kelantan, Sarawak (tiga), Johor (dua), dan masing-masing satu di Kedah, Pahang, Selangor dan Terengganu.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Skandal LCS: Jangan salahkan orang lain kata Kit Siang kepada Najib
August 13, 2022
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
1 jam lalu · Isu semasa
Permintaan terpendam percepat pertumbuhan KDNK: Tengku Zafrul
2 jam lalu · Isu semasa
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
2 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
3 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah dikesan di Kundasang
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok