Kes semalam turun lagi, 9 kematian

September 4, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 3 September 2022) turun sedikit kepada 2,244 kes berbanding 2,328 yang dicatat pada Jumaat.

Jumlah jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,789,552 kes, dengan 4,723,112 pesakit telah sembuh, termasuk 3,202 pesakit telah pulih semalam.

Rekod laman sesawang Github KKM menunjukkan daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,579 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 465 kes (penerima dua dos); 181 (individu tidak divaksinasi); dan 19 kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

KKM juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 30,197 kes masih aktif, turun sedikit berbanding 31,164 yang dicatat pada Jumaat.

Jumlah itu termasuk, 28,853 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (29,761 pada Jumaat); dan 18 ditempatkan di PKRC (19 pada Jumaat).

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital turun sedikit kepada 1,251 semalam, berbanding 1,305 pesakit pada Jumaat, manakala 75 dimasukkan ke unit rawatan rapi (79 pada Jumaat), dengan 40 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (44 pada Jumaat).

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 679 (1,462,411);
  • Kuala Lumpur – 466 (427,301);
  • Johor – 60 (392,201);
  • Sabah – 187 (390,515);
  • Sarawak – 74 (313,151);
  • Kedah – 61 (307,908);
  • Pulau Pinang – 74 (295,163);
  • Kelantan – 42 (252,183);
  • Perak – 224 (223,328);
  • Negeri Sembilan – 112 (219,688);
  • Pahang – 78 (176,347);
  • Melaka – 95 (133,433);
  • Terengganu – 36 (128,886);
  • Putrajaya – 45 (26,631);
  • Labuan – 5 (22,166); dan
  • Perlis – 6 (18,240).

KKM juga memaklumkan sembilan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Tiga daripada kes kematian itu dilaporkan di Johor, Darawak (dua – BID) dan masing-masing satu di Melaka, Pahang, Perak, dan Selangor.

Data laman sesawang CovidNOW KKM menunjukkan sejak Mac 2020 hingga semalam, jumlah kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 meningkat kepada 36,243 kes, termasuk 7,704 kes BID.

Sementara itu, sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari 2021 hingga semalam, lebih 72.28 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing.

Daripada jumlah itu, 28,093,409 melibatkan dos pertama; 27,496,286 (doa kedua); 16,220,074 (penggalak pertama); dan 472,408 (penggalak kedua).

Berdasarkan pecahan umur pula, sebanyak 9,623,323 dos telah diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, dengan 3,435,357 melibatkan dos pertama; 3,413,422 (dos kedua); 2,592,852 (penggalak pertama); dan 181,692 (penggalak kedua).

Bagi dewasa 18 tahun hingga 59 tahun pula sebanyak 63,108,597 dos telah diberikan, termasuk 23,371,331 dos pertama; 23,092,911 (dos kedua); 16,172,241 dos (penggalak pertama); dan 472,114 dos (penggalak kedua).

Sementara, bagi remaja berusia 12 hingga di bawah 18 tahun pula sebanyak 5,870,281 dos telah diberikan dengan 2,949,677 melibatkan dos pertama; 2,873,708 (dos Kedua); 46,602 dos (penggalak pertama); dan 294 dos (penggalak kedua).

Bagi kanak-kanak berusia lima hingga di bawah 12 tahun pula sebanyak 3,303,299 dos telah diberikan, termasuk 1,772,401 dos pertama; 1,529,667 (dos kedua); dan 1,231 dos (penggalak pertama).

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
9 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
16 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
16 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
16 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok