
Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri-negeri pada 7 April 2022.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara semalam (Khamis, 7 April 2022), turun sedikit berbanding pada Rabu.
Dalam tempoh itu, 11,994 jangkitan baharu dilaporkan, turun 111 kes, berbanding 12,105 kes pada Rabu menjadikan kumulatif positif sejak awal 2020 lalu sebanyak 4,292,585 kes.
Daripada kumulatif positif itu, seramai 4,099,786 pesakit telah pulih, 35,228 kes kematian dilaporkan dan 157,571 kes masih aktif, termasuk 153,859 pesakit menjalani kuarantin di rumah.
Selain itu, seramai 341 pesakit ditempatkan di PKRC; 3,174 dimasukkan ke hospital; dan 197 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 108 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sejak 24 Februari 2021 hingga semalam, lebih 69.10 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi di Malaysia, termasuk rakyat asing.
Daripada jumlah itu, 25,870,912 atau 79.2 peratus telah lengkap dus dos, 27,543,413 atau 84.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 15,899,713 atau 67.6 peratus individu dewasa telah menerima dos penggalak.
Menurut data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini tengah malam tadi, lima negeri – Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Melaka, dan Labuan – mencatat peningkatan kes harian semalam.
Kuala Lumpur merekodkan 1,094 jangkitan baharu berbanding 733 pada Rabu, menjadikan kumulatif positif di Wilayah Persekutuan itu mencecah 334,177 kes, dengan 319,334 pesakit pulih, 2,806 kes kematian, dan 12,037 kes masih aktif.
Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 11,644 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 120 ditempatkan di PKRC; 265 dimasukkan ke hospital; dan lapan pesakit dirawat di ICU, dengan empat daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sehingga semalam, seramai 3,049,514 atau 95.4 peratus populasi di Kuala Lumpur telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19, manakala 3,219,012 atau 101.3 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Seramai 1,712,396 atau 93.9 peratus individu dewasa di Kuala Lumpur telah menerima suntikan dos penggalak.
Sementara itu Johor pula mencatat 625 kes baharu berbanding 426 pada Rabu, diikuti Pulau Pinang (620 kes, 508 Rabu); Melaka (263 kes, 206 Rabu); dan Labuan (45 kes, 17 Rabu).
Berikut adalah pecahan kumulatif positif mengikut negeri sehingga 7 April 2022:
- Selangor – 1,246,457;
- Johor – 376,366;
- Sabah – 368,782;
- Kuala Lumpur – 334,177;
- Sarawak – 301,498;
- Kedah – 294,787;
- Pulau Pinang – 271,465;
- Kelantan – 246,092;
- Negeri Sembilan – 193,488;
- Perak – 193,241;
- Pahang – 168,310;
- Terengganu – 123,116;
- Melaka – 118,340;
- Labuan – 21,100;
- Putrajaya – 18,413; dan
- Perlis – 16,953.