Kes semalam turun, 5 kematian

August 28, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 27 Ogos 2022) turun kepada 2,491 kes, berbanding 3,118 kes pada Jumaat.

Jumlah jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,774,003 kes, dengan 4,703,299 pesakit telah sembuh, termasuk 3,715 yang pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,707 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 536 kes (penerima dua dos); 240 (individu tidak divaksinasi); dan lapan kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

KKM juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 34,508 kes masih aktif, turun sedikit berbanding 35,737 yang dicatat pada Jumaat. Jumlah itu termasuk, 33,090 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (34,294 pada Jumaat); dan 22 ditempatkan di PKRC (23 pada Jumaat).

Seramai 1,324 pesakit lagi dirawat di hospital, turun berbanding 1,345 pesakit pada Jumaat, dan 72 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (75 pada Jumaat), dengan 49 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan, meningkat berbanding 45 pesakit pada Jumaat).

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 656 (1,457,938);
  • Kuala Lumpur – 507 (424,298);
  • Johor – 71 (391,661);
  • Sabah – 234 (389,061);
  • Sarawak – 115 (312,532);
  • Kedah – 78 (307,379);
  • Pulau Pinang – 100 (294,547);
  • Kelantan – 57 (251,668);
  • Perak – 211 (222,008);
  • Negeri Sembilan – 157 (218,907) ;
  • Pahang – 80 (175,934);
  • Melaka – 109 (132,759);
  • Terengganu – 40 (128,611);
  • Putrajaya – 61 (26,393);
  • Labuan – 10 (22,128); dan
  • Perlis – 5 (18,179).

Sementara itu, KKM juga memaklumkan lima pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Kes kematian yang dilaporkan semalam membabitkan masing-masing dua di Kuala Lumpur dan Selangor serta satu kes di Sarawak.

Data laman sesawang CovidNOW KKM menunjukkan sejak Mac 2020 hingga semalam, jumlah kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 meningkat kepada 36,196 kes, termasuk 7,694 kes BID.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
4 minit lalu · Isu semasa
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
5 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023 · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok