Kes semalam naik, tapi bawah 10,000

Jumlah jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Isnin, 18 April 2022) meningkat 517 kes berbanding yang dicatat pada Ahad.

Dalam tempoh itu sebanyak 7,140 jangkitan baharu dilaporkan berbanding 6,623 kes pada Ahad, dengan lima negeri merekodkan peningkatan kes harian, menurut data Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri.

Angka terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu meningkat kepada 4,396,165 kes – ketiga tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN selepas Vietnam dan Indonesia.

Berdasarkan data terbaharu itu, Selangor mencatat 5,020 kes baharu berbanding 4,137 pada Ahad, diikuti Terengganu (239 kes, 133 Ahad); Kedah (133 kes, 114 Ahad); Kelantan (40 kes, 36 Ahad); dan Labuan (tujuh kes, empat pada Ahad).

Berikut adalah pecahan kes baharu dan jumlah kumulatif sejak awal penularan Covid-19 hingga semalam:

  • Selangor – 5,020 (1,310,254);
  • Johor – 214 (380,577);
  • Sabah – 58 (369,970);
  • Kuala Lumpur – 415 (342,181);
  • Sarawak – 92 (303,982);
  • Kedah – 133 (297,413);
  • Pulau Pinang – 166 (275,093);
  • Kelantan – 40 (247,021);
  • Negeri Sembilan – 290 (198,643);
  • Perak – 287 (198,116);
  • Pahang – 64 (170,045);
  • Terengganu – 239 (125,186);
  • Melaka – 94 (120,527);
  • Labuan – 7 (21,241);
  • Putrajaya – 11 (18,746); dan
  • Perlis – 10 (17,170).

Sehingga tengah malam tadi tiada maklumat terbaharu dikemas kini laman sesawang CovidNOW Kementerian Kesihatan, mengenai jumlah kematian akibat Covid-19 semalam.

BERITA BERKAIT
POPULAR