Kes semalam naik lagi, 4 kematian

January 19, 2023 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 18 Januari 2023) naik lagi bagi hari kedua berturut-turut setelah turun selama empat hari, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam tempoh semalam sebanyak 371 jangkitan baharu direkodkan, berbanding 350 pada Selasa. Pada Isnin sebanyak 227 jangkitan dilaporkan.

Satu daripada jangkitan baharu itu adalah kes import. Tetapi tiada maklumat kewarganegaraan individu yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 itu.

Data laman sesawang KKM yang dikemas kini tengah malam tadi juga menunjukkan jangkitan semalam turut melibatkan 24 kanak-kanak, meningkat berbanding 21 yang dicatat pada Selasa.

Ia membabitkan sembilan kes kanak-kanak berusia 0 hingga empat tahun, dan 15 kes kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, lapor KKM.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 265 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin dos penggalak, diikuti 68 (individu yang lengkap divaksinasi); dua kes melibatkan individu belum lengkap divaksinasi; dan 36 kes (individu tidak divaksinasi).

Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak 25 Januari 2020 sebanyak 5,033,625 dengan 4,986,312 pesakit telah sembuh, termasuk 304 yang pulih semalam.

KKM juga memaklumkan sehingga semalam 10,390 kes masih aktif, meningkat semula berbanding 10,327 yang dilaporkan pada Selasa, manakala 9,970 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah, naik lagi berbanding 9,901 pada Selasa. Tiada pesakit yang ditempatkan di PKRC.

Menurut KKM, jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital bagaimanapun, turun semula kepada 404 kes berbanding 410 pada Selasa.

Seramai 16 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, sama seperti Selasa, dengan 14 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (lapan pada Selasa).

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:

  • Selangor – 148 (1,547,346);
  • Kuala Lumpur – 70 (467,492);
  • Sabah – 4 (406,742);
  • Johor – 16 (398,100);
  • Sarawak – 19 (324,149);
  • Kedah – 14 (318,434);
  • Pulau Pinang – 9 (307,289);
  • Kelantan – 4 (260,004);
  • Perak – 21 (238,829);
  • Negeri Sembilan – 9 (230,814);
  • Pahang – 9 (182,566);
  • Melaka – 18 (144,710);
  • Terengganu – 11 (132,886);
  • Putrajaya – 16 (32,330);
  • Labuan – 1 (22,950); dan
  • Perlis – 2 (18,984).

Sementara itu empat pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID)

Semua kes kematian itu dicatat di Johor (BID), Selangor, Terengganu, dan Kuala Lumpur.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 di seluruh negara bertambah kepada 36,923 mangsa, termasuk 7,866 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Berita berkaitan
Kes 1MDB Najib: Saksi bekas pengurus Ambank nafi bersuhabat dengan Jho Low
February 3, 2023· Isu semasa
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023· Isu semasa
Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid
February 1, 2023· Politik
Rehatkan Zahid sebagai TPM untuk fokus kes mahkamah, kata Peja
January 26, 2023· Politik
Popular
KJ tolak tuduhan Anwar AGC tak lulus pembelian vaksin Covid-19
February 8, 2023
Enam maut nahas di Genting
February 8, 2023
Pulau Pinang dilanda banjir
February 4, 2023
SPRM siasat UiTM Holdings setelah alami kerugian RM157 juta
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kertas putih perolehan vaksin, lagi satu kerja buang masa kerajaan campuran
17 minit lalu · Isu semasa
Harga petrol, diesel tak berubah hingga 15 Februari ini
3 jam lalu · Isu semasa
KJ tolak tuduhan Anwar AGC tak lulus pembelian vaksin Covid-19
4 jam lalu · Isu semasa
Enam maut nahas di Genting
5 jam lalu · Isu semasa
Hormat kedaulatan Malaysia, kata KP Imigresen isu tangkap PATI Indon
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
14 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok