Kes semalam meningkat sedikit, sifar kematian empat hari berturut-turut

January 26, 2023 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 25 Januari 2023) meningkat sedikit kepada 132 kes, berbanding 101 yang direkodkan pada Selasa, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam tempoh semalam juga, negara tidak melaporkan sebarang kes kematian akibat komplikasi Covid-19 – empat hari berturut-turut.

Ini menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 di seluruh negara kekal kepada 36,932 mangsa, termasuk 7,866 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Pada masa sama, KKM juga memaklumkan bahawa lapan kes semalam turut melibatkan kanak-kanak, dengan tiga daripada kes itu membabitkan kanak-kanak berusia 0 hingga empat tahun, dan lima lagi berusia lima hingga 11 tahun.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 81 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin dos penggalak, diikuti 25 (individu yang lengkap divaksinasi); satu kes melibatkan individu belum lengkap divaksinasi; dan 25 kes (individu tidak divaksinasi).

Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak kes pertama dikesan pada 25 Januari 2020 sebanyak 5,035,205 dengan 4,988,489 pesakit telah sembuh, termasuk 346 yang pulih semalam.

Data laman sesawang KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sehingga semalam sebanyak 9,783 kes masih aktif, turun berbanding 9,998 kes pada Selasa.

Sementara itu, 9,402 pesakit Covid-19 dilaporkan masih menjalani kuarantin di rumah, turun berbanding 9,635 yang dicatat pada Selasa. Tiada pesakit yang ditempatkan di PKRC.

Bagaimanapun menurut KKM, jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital meningkat lagi kepada 370 orang berbanding 351 pada Selasa dan 337 (Isnin).

Seramai 11 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (12 pada Selasa), dengan 10 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:

  • Selangor – 33 (1,547,816);
  • Kuala Lumpur – 21 (467,824);
  • Sabah – 7 (406,783);
  • Johor – 5 (398,177);
  • Sarawak – 13 (324,235);
  • Kedah – 7 (318,502);
  • Pulau Pinang – 6 (307,436);
  • Kelantan – 4 (260,024);
  • Perak – 4 (238,885);
  • Negeri Sembilan – 10 (230,892);
  • Pahang – 1 (182,590);
  • Melaka – 13 (144,807);
  • Terengganu – 1 (132,919);
  • Putrajaya – 5 (32,374);
  • Labuan – 0 (22,952); dan
  • Perlis – 2 (18,989).

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Kenapa Anwar tak minta Zahid lepas jawatan sehingga kes mahkamah selesai?
May 31, 2023· Politik
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023· Politik
Bekas Hakim Mahkamah Syariah dituduh terima rasuah dalam kes hukuman khalwat
May 25, 2023· Isu semasa
Popular
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
9 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
9 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
10 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
13 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok