Kes semalam masih di bawah paras 3,000, sembilan kematian dilapor

August 22, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Ahad, 21 Ogos 2022), turun lagi berbanding yang dicatatkan pada Sabtu – dua hari berturut-turut di bawah paras 3,000.

Menurut laman sesawang CovidNOW KKM, dalam tempoh itu sebanyak 2,464 jangkitan baharu dilaporkan, berbanding 2,798 kes yang dicatat pada Sabtu, dengan sembilan kematian direkodkan.

Jangkitan baharu semalam turut melibatkan 16 kes import.

Jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,757,752 kes, dengan 4,682,689 pesakit telah pulih, termasuk 4,427 pesakit yang sembuh semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,691 kes Covid-19 melibatkan penerima vaksin dos penggalak; 513 kes (individu lengkap dua dos); 248 kes (individu tidak divaksinasi); dan 12 kes membabitkan individu yang menerima satu dos.

Sehingga semalam kes aktif turun lagi kepada 38,918 kes, berbanding 40,890 yang dicatat pada Sabtu, dengan seramai 37,408 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (39,417 pada Sabtu), dan 32 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (29 pada Sabtu).

Sementara itu, jumlah pesakit yang dirawat di hospital naik semula kepada 1,409 orang berbanding 1,379 pada Sabtu, manakala 69 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, meningkat berbanding 65 yang dicatat pada Sabtu, dengan 33 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (39 pada Sabtu).

Dalam tempoh minggu ini, individu berusia 30 hingga 39 tahun menjadi penyumbang terbesar kes Covid-19 iaitu seramai 5,788 kes; diikuti:

  • 18 hingga 29 tahun – 5,604 kes;
  • 40 hingga 49 tahun – 3,503 kes;
  • 50 hingga 59 tahun – 1,894 kes;
  • 12 hingga 17 tahun – 1,367 kes;
  • 60 hingga 69 tahun – 1,286 kes;
  • 5 hingga 11 tahun – 1,174 kes;
  • 0 hingga 4 tahun – 887 kes;
  • 70 hingga 79 tahun – 737 kes; dan
  • 80 tahun ke atas – 534 kes.

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:

  • Selangor – 748 (1,453,013);
  • Kuala Lumpur – 505 (421,475);
  • Johor – 101 (391,079);
  • Sabah – 225 (387,547);
  • Sarawak – 62 (311,834);
  • Kedah – 70 (306,818);
  • Pulau Pinang – 91 (293,955);
  • Kelantan – 45 (251,150);
  • Perak – 195 (220,709);
  • Negeri Sembilan – 167 (217,991);
  • Pahang – 66 (175,521);
  • Melaka – 85 (132,137);
  • Terengganu – 43 (128,297);
  • Putrajaya – 50 (26,024);
  • Labuan – 2 (22,085); dan
  • Perlis – 9 (18,117).

Pada masa sama, KKM juga memaklumkan seramai sembilan lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, di mana semua kes kematian itu dicatat di fasiliti kesihatan.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 di negara ini sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,145 kes, termasuk 7,678 kes brought in death (BID).

Sembilan kematian itu dilaporkan masing-masing tiga kes di Johor dan Kedah, serta masing-masing satu kes di Pahang, Sabah serta Selangor.

Dalam tempoh seminggu lalu, seramai 25 pesakit Covid-19 berusia 80 tahun dan ke atas meninggal dunia; diikuti:

  • 70 hingga 79 tahun – 16 kes;
  • 60 hingga 69 tahun – 11 kes
  • 40 hingga 49 tahun – 3 kes;
  • 50 hingga 59 tahun – 3 kes;
  • 30 hingga 39 tahun – 2 kes; dan
  • 0 hingga 4 tahun – 1 kes.

Berita berkaitan
Calon, petugas ada gejaka influenza perlu pakai pelitup muka
August 3, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Popular
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Dia juga membantu orang miskin, kata PMX semasa pertemuan dengan Syed Mokhtar
June 2, 2023
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
5 jam lalu · Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
5 jam lalu · Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
6 jam lalu · Isu semasa
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
6 jam lalu · Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok