Kes semakin hampir kepada 2 angka, sifar kematian tiga hari berturut

January 25, 2023 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 24 Januari 2023) turun lagi menghampiri dua angka.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan dalam tempoh semalam sebanyak 101 jangkitan baharu dilaporkan, turun berbanding 142 yang dicatat pada Isnin dan 309 kes pada Ahad.

Kali terakhir negara mencatat jangkitan harian terendah ialah pada 30 September 2020 iaitu sebanyak 89 kes, sebelum mula meningkat sehingga mencatat kes tertinggi sebanyak 33,406 jangkitan pada 5 Mac 2022, menurut laman sesawang Github KKM yang dikemas kini tengah malam tadi.

Pulau Pinang yang mencatat kes pertama Covid-19 pada 10 Mac 2020, semalam tidak melaporkan jangkitan baharu bersama Labuan.

Dalam tempoh semalam juga, negara tidak melaporkan sebarang kes kematian akibat komplikasi Covid-19 – tiga hari berturut-turut.

Ini menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 di seluruh negara kekal kepada 36,932 mangsa, termasuk 7,866 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Pada masa sama, KKM juga memaklumkan bahawa tujuh kes semalam turut melibatkan kanak-kanak, dengan dua daripada kes itu membabitkan kanak-kanak berusia 0 hingga empat tahun, dan lima lagi berusia lima hingga 11 tahun.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 68 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin dos penggalak, diikuti 18 (individu yang lengkap divaksinasi); tiada kes melibatkan individu belum lengkap divaksinasi; dan 15 kes (individu tidak divaksinasi).

Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak kes pertama dikesan pada 25 Januari 2020 sebanyak 5,035,073 dengan 4,988,143 pesakit telah sembuh, termasuk 315 yang pulih semalam.

Data laman sesawang KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sehingga semalam sebanyak 9,998 kes masih aktif, turun berbanding 10,212 kes pada Isnin, dan 10,337 pada Ahad.

Sementara itu, 9,635 pesakit Covid-19 dilaporkan masih menjalani kuarantin di rumah, turun berbanding 9,859 yang dicatat pada Isnin. Tiada pesakit yang ditempatkan di PKRC.

Bagaimanapun menurut KKM, jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital meningkat kepada 351 orang, berbanding 337 pada Isnin.

Seramai 12 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (16 pada Isnin), dengan 10 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (11 pada Isnin).

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:

  • Selangor – 23 (1,547,783);
  • Kuala Lumpur – 24 (467,803);
  • Sabah – 4 (406,776);
  • Johor – 5 (398,172);
  • Sarawak – 9 (324,222);
  • Kedah – 5 (318,495);
  • Pulau Pinang – 0 (307,430);
  • Kelantan – 2 (260,020);
  • Perak – 4 (238,881);
  • Negeri Sembilan – 11 (230,882);
  • Pahang – 2 (182,589);
  • Melaka – 8 (144,794);
  • Terengganu – 2 (132,918);
  • Putrajaya – 1 (32,369);
  • Labuan – 0 (22,952); dan
  • Perlis – 1 (18,987).

Berita berkaitan
Kes 1MDB Najib: Saksi bekas pengurus Ambank nafi bersuhabat dengan Jho Low
February 3, 2023· Isu semasa
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023· Isu semasa
Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid
February 1, 2023· Politik
Rehatkan Zahid sebagai TPM untuk fokus kes mahkamah, kata Peja
January 26, 2023· Politik
Popular
KJ tolak tuduhan Anwar AGC tak lulus pembelian vaksin Covid-19
February 8, 2023
Enam maut nahas di Genting
February 8, 2023
Pulau Pinang dilanda banjir
February 4, 2023
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Harga petrol, diesel tak berubah hingga 15 Februari ini
2 jam lalu · Isu semasa
KJ tolak tuduhan Anwar AGC tak lulus pembelian vaksin Covid-19
3 jam lalu · Isu semasa
Enam maut nahas di Genting
5 jam lalu · Isu semasa
Hormat kedaulatan Malaysia, kata KP Imigresen isu tangkap PATI Indon
5 jam lalu · Isu semasa
Jho Low beritahu RM5j dari akaun Najib pindah kepada UMNO: Saksi
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
13 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok