Kes saman Waytha dengan Lokman selesai, terma tak boleh didedahkan

August 29, 2022 · Isu semasa

Kes saman fitnah antara bekas Menteri Perpaduan Negara, P Waytha Moorthy dengan pemimpin UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berhubung kenyataan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim pada 2019 diselesaikan.

Penghakiman persetujuan antara kedua-dua mereka dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir hari ini, namun terma-terma itu tidak boleh didedahkan.

Peguam Waytha, Annou Xavier mengesahkan keputusan yang dicapai tersebut, menurut laporan FMT.

Waytha memfailkan saman itu pada 2019, mendakwa Lokman, bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, membuat kenyataan berunsur fitnah terhadapnya pada suatu perhimpunan tahun itu.

Beliau berkata, kenyataan Lokman itu turut dimuat naik di YouTube, KiniTV dan Sinar TV dengan tajuk, “Beberapa menteri cuba ubah laporan bedah siasat Adib”.

Tambahnya, ia turut diterbitkan sebagai beberapa laporan berita.

Waytha mendakwa, kenyataan Lokman membayangkan beliau seorang menteri yang tidak jujur yang cuba memanipulasi penemuan bedah siasat Adib dan gagal menjalankan tugasnya sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas perpaduan negara dan kesejahteraan sosial, selain mencetuskan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.

Adib, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Subang Jaya, pada 27 Nov 2018. Beliau meninggal dunia pada 17 Dis tahun sama di Institut Jantung Negara (IJN).

Inkues kematian anggota bomba itu dijalankan dari 11 Feb hingga 24 Julai 2019. Mahkamah kemudiannya memutuskan bahawa kematian Adib disebabkan oleh “dua atau lebih orang yang tidak dikenali”.

Berita berkaitan
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
15 jam lalu· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
24 jam lalu· Politik
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
24 jam lalu· Isu semasa
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
15 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
15 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
23 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
23 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
6 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok