Kes saman Sundra Rajoo terhadap bekas AG dan 12 lagi masuk perbicaraan penuh

July 21, 2022 · Isu semasa

Saman yang dikemukakan oleh bekas Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Datuk Profesor Dr N. Sundra Rajoo terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan 12 lagi akan didengar pada perbicaraan penuh oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ini selepas Hakim Datuk Ahmad Bache menolak permohonan Thomas dan 12 lagi untuk membatalkan saman Sundra Rajoo berhubung penahanan serta pendakwaan salah, lapor Bernama.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohamad Shukri Abdull, beberapa pegawai SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya iaitu Khong Hui Li, Mohd Adrian Zaiman Zainiar, Md Yusrin Md Yusof, Mohd Fadhly Mohd Zamry, T. Nesavan, Mr. Sharan Raj, Hasmizzy Md Hasim, Kamal Baharin Omar dan Mohd Zaki Mohd Salleh serta SPRM dan kerajaan Malaysia.

Ahmad memutuskan bahawa saman itu bukanlah kes yang sesuai dan wajar untuk dibatalkan kerana ia bukan kes yang mudah kerana fakta naratif dalam pernyataan tuntutan melebihi satu halaman.

“Hujah kedua-dua pihak masih mengenai isu kekebalan dan pemenjaraan salah yang membabitkan persoalan undang-undang. Persoalan undang-undang ini hendaklah dibincangkan pada perbicaraan penuh,” katanya dalam prosiding yang dijalankan melalui aplikasi Zoom.

Hakim itu turut memerintahkan kesemua defendan memfailkan pembelaan dalam tempoh 14 hari mulai hari ini dan menetapkan 27 Sept untuk pengurusan kes.

Defendan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu pada 5 Nov 2021 atas alasan ia adalah tidak munasabah, remeh dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Pernyataan tuntutan Sundra Rajoo menyatakan bahawa bertindak atas arahan Mohamad Shukri dan Thomas, pegawai SPRM Mohd Adrian dan Md Yusrin telah menahan beliau secara salah dari 8 malam pada 20 Nov 2018 hingga 5 petang 21 Nov 2018 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Beliau mendakwa penahanan itu adalah bercanggah dengan Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

Sundra Rajoo berhujah Mohd Adrian dan Md Yusrin telah menahan beliau walaupun telah dimaklumkan bahawa beliau telah diberikan keistimewaan serta kekebalan ejen diplomatik atas kapasitinya sebagai Pengarah AIAC ketika itu.

Susulan itu, Sundra Rajoo mendakwa beliau telah ditahan reman serta disingkirkan daripada jawatannya sebagai Pengarah AIAC dan akibat penahanan itu, beliau telah diejek manakala reputasinya turut terjejas.

Oleh itu, beliau menuntut ganti rugi khas berjumlah RM3,749,557.26, ganti rugi teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok